Agnes Keith House

Agnes Keith House merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan. Rumah Agnes Keith merupakan rumah kediaman pegawai British yang pertama dibina selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

AGNES KEITH HOUSE




Sumber Gambar : Muzium Sabah

Agnes Keith House (Rumah Agnes Keith) merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Rumah ini merupakan muzium bersejarah yang juga merupakan rumah kediaman Kerajaan British yang dibina menggunakan kayu dan merupakan rumah pertama yang dibina selepas Perang Dunia Kedua. Rumah ini sememangnya menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang melancong ke daerah Sandakan, terutamanya pelancong dari luar negara.

Rumah ini merupakan rumah kediaman Harry Keith bersama isterinya Agnes Newton Keith serta anak mereka George. Nama rumah ini diambil bersempena dengan nama Agnes Newton Keith yang merupakan seorang penulis (pengarang) dari Amerika yang terkenal dengan tiga kisah autobiografi kehidupannya semasa di Borneo Utara British.



Pada tahun 2001, Jabatan Muzium Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium Dan Antikuiti Malaysia telah memulakan tugas pemulihan rumah tersebut. Pada 26 April 2004 rumah ini telah mula dibuka dan ia adalah sebagai tanda penghormatan kepada Agnes Newton Keith yang merupakan penulis asal buku yang bertajuk 'Land Below The Wind' dan buku itu telah menjadikan beliau menjadi terkenal pada tahun 1939. Buku tersebut juga telah menjadikan negeri Sabah terkenal dengan gelaran Sabah Land Below The Wind.

Di rumah ini pengunjung akan dapat berpeluang melihat beberapa perabot dan barangan antik yang asli sejak zaman British lagi. Terdapat juga beberapa galeri gambar dan buku yang menceritakan tentang kisah kehidupan mereka sejak tahun 1873.

Lokasi rumah ini tidak jauh dari pusat bandar Sandakan, lebih kurang 1 km sahaja jadi pelancong yang ingin ke sini boleh juga berjalan kaki dari bandar Sandakan (kalau kuat stamina sebab kena berjalanan naik bukit). Selain itu boleh juga menaiki bas dari terminal bas di pusat bandar Sandakan (anda akan turun di perhentian bas, kemudian anda berjalan berjalan kaki dalam 2-5 minit lagi). 

Pilihan lain adalah anda boleh menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dan boleh juga cari sewa kereta untuk pandu sendiri (yang penting ada lesen) jadi senang untuk anda berjalan ke tempat menarik yang lain di sekitar Sandakan.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk : 
Warganegara : RM2.00
Bukan warganegara : RM15.00

Bagi warganegara seperti pelajar berpakaian seragam sekolah, orang kurang upaya, warga emas dan pemandu teksi bayaran masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Agnes Keith House di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Agnes Keith House
Jalan Istana
Poskod 90709, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-221140
Faks : +6089-229593
Email : muzium.sabah@sabah.gov.my

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan