Air Terjun Madai

Air Terjun Madai merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Madai terletak di Bahagian Pantai Timur Negeri Sabah iaitu di dalam daerah Kunak, Sabah.

AIR TERJUN MADAI



Air Terjun Madai terletak di daerah Kunak iaitu terletak di Hutan Simpan Baturong yang jauhnya lebih kurang 10 km dari Pekan Kunak. Air Terjun Madai mempunyai ketinggian 40 meter dan antara air terjun yang cantik di Sabah.

Oleh kerana Air Terjun Madai terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Baturong, maka air terjun ini berada dibawah penjagaan Jabatan Perhutanan Sabah. Kawasan ini pada awalnya hanya merupakan tempat rekreasi bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada sejak tahun 1999 lagi.


Selain dari aktiviti mandi di Air Terjun Madai, pengunjung yang datang ke kawasan ini juga berpeluang untuk berjalan di 'Canopy Walk' yang panjangnya lebih kurang 120 meter dengan ketinggian 40 meter.

Untuk ke Air Terjun Madai, pengunjung yang datang dari luar daerah Kunak, boleh menaiki bas yang menuju ke Kunak atau Tawau dan pastikan pengunjung memberitahu pemandu bas untuk diturunkan berhampiran dengan Hutan Simpan Baturong. Pengujung juga boleh memandu sendiri atau menyewa kenderaan dan terus ke Air Terjun ini.

Antara kemudahan yang disediakan disini adalah seperti tandas, gerai makan, tempat letak kereta dan lain-lain lagi. 

Bayaran masuk ke Air Terjun Madai adalah sebanyak RM 2.00 seorang

Barang perlu bawa :
01. Pakaian ganti
02. Pakaian mandi (tutup aurat)
03. Makanan/minuman
04. Tikar makan
05. Pelampung (untuk kanak-kanak)
06. Tuala
07. Lain-lain lagi (yang rasa perlu)

Nota :

1. Biasanya kawasan air terjun mungkin mempunyai permukaan batuan yang licin atau air kolamnya yang dalam, oleh itu pengunjung harus sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan air terjun atau ketika mandi di kolam air terjun yang dalam.

2. Pengunjung boleh juga kalau mahu sediakan penyembur untuk menghalau nyamuk agar dapat mengelak daripada di gigit oleh nyamuk di sekitar kawasam air terjun.

3. Pastikan jika ada anda sampah yang anda bawa dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan agar persekitaran kawasan air terjun sentiasa bersih dan terjaga untuk menarik orang lain dapat ke sini.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan