Ambuyat

Ambuyat merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini adalah merupakan makanan yang sangat popular dan makanan tradisi bagi kaum Melayu-Brunei di Sabah.

AMBUYAT



Ambuyat merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah dan ia adalah makanan tradisi suku kaum Melayu-Brunei. Biasanya hidangan ini dibuat daripada sagu yang diambil daripada bahagian batang pokok Rumbia atau juga disebut Ampulung. Ambuyat mempunyai rupa bentuk seperti isi ubi kayu berwarna putih dan berbentuk seperti gam.

Oleh kerana bentuknya yang seperti gam, jadi biasanya hidangan ini akan di makan dengan menggunakan penyepit kayu (chopstik) atau dipanggil candas, dan sekiranya tidak ada penyepit kayu, boleh juga untuk menggunakan garpu. Cara memakannya dengan menggolekkan atau memintal Ambuyat tersebut dengan menggunakan candas atau garpu kemudian mencelupkannya ke dalam kuah atau lauk yang dihidang.


Selain masyarakat Melayu-Brunei, hidangan ini juga merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bajau, Kadazan-Dusun, Bisaya dan juga Murut, suku kaum lain memanggil hidangan ini dengan nama Linut. Namun yang paling menyukai hidangan ini adalah dari suku kaum Melayu-Brunei, oleh sebab itu nama hidangan Ambuyat dilihat lebih dikenali ramai.

Bahan-bahan : 

1. Tepung Sagu (terpulang berapa banyak)
2. Air Panas 

Cara penyediaannya :

1. Hancurkan sagu hingga halus (boleh beli yang sudah siap)
2. Masukkan air (ikut sukatan sesuai dengan sagu)
3. Panaskan Sagu tersebut
4. Kacau sehingga kenyal dan warna menjadi jernih

Setelah siap, angkat dan letak di dalam mangkuk atau apa saja yang sesuai, tapi biasanya dimangkuk lagi sesuai. Hidangan ini juga lebih sedap dimakan semasa ianya masih panas dengan mencecahkannya ke dalam kuah seperti kuah kari dan kuah ikan. Ia juga biasa dimakan bersama dengan hidangan lain seperti ubi kayu dan ulam-ulaman, ikan bakar dan lain-lain lagi.

Ambuyat selalunya dihidang dan dimakan secara beramai-ramai agar dapat mengerat silaturrahim antara keluarga mahupun kalangan penduduk kampung ketika menyambut sesuati majlis keramaian seperti perkahwinan dan lai
n-lain lagi. Hidangan ini juga biasa dibuat apabila berkumpul ramiai-ramai bersama keluarga.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan