Amplang

Amplang merupakan salah satu keropok atau makanan ringan yang terkenal di negeri Sabah. Keropok Amplang sangat popular di Sabah dan merupakan makanan tradisi bagi kaum Bugis di Sabah.

AMPLANG



Amplang merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan keropok yang diperbuat daripada ikan, dan ikan yang biasa digunakan untuk memuat keropok Amplang adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan lain yang kemudiannya digoreng dan dijadikan keropok.

Keropok ini sangat popular di kalangan suku kaum Bugis teruamanya yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di daerah Tawau, Lahad Datu, dan juga Sandakan. Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah seperti :

Bahan-bahan :

01. Isi Ikan Tenggiri
02. Tepung Kanji
03. Garam
04. Gula
05. Telur Ayam


Cara Penyediaannya :

01. Isi ikan diadun bersama tepung kanji dan bahan lain
02. Hasil adunan dipotong halus menjadi bentuk silinder
03. Masak Amplang sehingga rangup (30 minit)
04. Amplang disaring untuk membuang sisa minyak
05. Membungkus Amplang dengan plastik yang kedap udara.

Amplang banyak dijual di pasar, gerai-gerai dan juga beberapa supermarket di sekitar negeri seluruah Sabah dan Ramai juga yang menjualnya secara dalam talian, jadi memang senang saja untuk sesiapa yang mahu cuba merasa keropok ini sebab boleh beli saja kalau tidak berapa pandai masak.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan