Ayam Lengkuas

Ayam Lengkuas merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Masakan ini sememangnya sangat popular dikalangan kaum Bugis di Sabah terutamanya di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

AYAM LENGKUAS



Ayam Lengkuas yang juga disebut Ayam Masak Lengkuas merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah, ia adalah makanan tradisi masyarakat Bugis di Sabah terutamanya mereka yang tinggal atau berada di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Ayam Lengkuas biasanya banyak dimasak dan dihidangkan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Selain itu ia juga biasa dihidang ketika majlis perkahwinan dan kenduri dan lain-lain lagi. Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat ayam masak lengkuas ini adalah seperti  :

Bahan-bahan :

01. Ayam
02. Lengkuas
03. Serai
04. Santan
05. Lada putih
06. Serbuk kunyit
07. Garam
08. Bawang merah dan putih
09. Kerisek


Cara penyediaannya :

Pertama :
Masak santan hingga mendidih

Kedua :
Masukkan bahan kisar (kunyit, bawang, lada putih)

Ketiga :
Bila kuah keluarkan minyak, masukkan daging ayam

Keempat :
Bila kuah pekat, masukkan kerisek

Kelima : 
Kacau atau gaul supaya tidak hangus

Keenam :
Masukkan garam dan bahan-bahan lain

Ketujuh :
Matikan api bila sudah masak

Kelapan :
Hidang untuk dimakan

Nota :
Pastikan api tidak dipasang atau dihidupkan terlalu besar supaya kuah lengkuas dan juga bahan-bahan perencah tadi dapat meresap ke dalam daging ayam agar dapat menambahkan lagi rasanya dan lebih sedap ketika dimakan.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan