Barobbo

Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bugis yang tinggal di sebelah Pantai Timur Negeri Sabah seperti Sandakan dan Tawau.

BAROBBO



Barobbo adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah makanan tradisi bagi suku kaum Bugis. Dan ia adalah masakan berupa bubur nasi jagung yang biasanya dimasak bersama jagung pulut sebagai bahan utama, namun oleh kerana susah sikit untuk mendapatkan jagung pulut pada masa kini, jadi jagung manis digunakan sebagai gantinya.

Di Sabah, Barobbo adalah antara makanan istimewa dan sangat popular di kalangan masyarakat atau suku kaum Bugis terutama sekali mereka yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di daerah Sandakan, Lahad Datu dan juga Tawau.

Barobbo biasanya dimasak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti ketika cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Ia memang sesuai dimakan beramai-ramai agar dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu ia juga selalunya di masak ketika bulan puasa atau puasa sunat untuk hidangan selepas berbuka puasa.


Cara masak Barobbo ini lebih kurang juga macam masak bubur nasi biasa, cuma banyak sikit bahan yang digunakan. Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat atau memasak Barobbo adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Beras
02. Daging ayam
03. Udang
04. Cangkuk manis
05. Lobak
06. Bawang merah
07. Bawang putih
08. Garam
09. Ajinamoto
10. Kiub pati ayam
11. Daun sup
12. Lada putih

Cara penyediaannya :


01. Masak beras seperti masak bubur (lebihkan air)
02. Masukkan isi ayam
03. Masukkan lobak 
04. Masukkan udang yang telah dikupas
05. Masukkan bahan-bahan yang lain
06. Terakhir masukkan sayur, daun sup & bawang goreng
07. Setelah mendidih bolehlah matikan api

Setelah barobbo sudah masak, maka bolehlah dihidang untuk dimakan dan ia lebih sedap dimakan ketika masih lagi panas dan lebih sedap juga kalau pedas sedikit.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan