Batang Buruk Sabah

Kuih Batang Buruk merupakan salah satu makanan popular di Malaysia. Di Sabah, Kuih Batang Buruk berbeza sedikit berbanding di Semenanjung Malaysia dari segi rasa dan cara membuatnya.

KUIH BATANG BURUK



Kuih Batang Buruk Sabah merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah makanan yang popular dan digemari oleh penduduk Sabah ketika hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha. Ketika perayaan kuih ini banyak di jual oleh orang ramai kerana ia ada makanan yang selalu dicari ketika menyambuat hari raya.

Kuih Batang Buruk Sabah biasanya dibuat daripada kulit popiah yang dan di campur dengan intinya seperti kacang hijau yang dikisar atau susu tepung sebagai perisanya. Tetapi majoriti menggunakan susu tepung sebagai bahan perisa kuih ini. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Kuih Batang Buruk Sabah adalah seperi :

Bahan-bahan :

01. Kulit Popiah
02. Susu Tepung atau Kacang Hijau (dikisar)
03. Putih Telur (sebagai pelekat kulit popiah)


Cara penyediannya adalah :

Pertama : 
Potong kulit popiah menjadi kepingan kecil 4 persegi. Saiz yang dipotong adalah mengikut kehendak sendiri.

Kedua : 
Buka lapisan kulit popiah yang telah dipotong dan gulung atau bentukkan seperti dalam gambar di atas.

Ketiga :
Gunakan bahagian putih telur untuk gam atau melekatkan kulit popiah yang telah digulung tadi

Keempat : 
Goreng popiah tersebut sehingga warnanya kemerahan agar kulit popiah tersebut rangup/garing.

Kelima :
Setelah kulit popiah tersebut masak, angkat dan tuskan kulit popiah yang telah digoreng untuk hilangkan minyak.

Keenam:
Tunggu kulit popiah tersebut sejuk kemudian masukkan dalam bekas dan tabur perisanya seperti susu tepung atau kacang hijau (yang dikisar).

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan