Beaufort

Beaufort adalah salah sebuah daerah yang terletak di sebelah Bahagian Pedalaman Sabah. Daerah Beaufort terletak lebih kurang 90 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

BEAUFORT


Kredit Gambar : pdbeaufort

Beaufort merupakan salah satu daerah di negeri Sabah yang termasuk dalam Bahagian Pedalaman Sabah. Nama daerah Beaufort diambil sempena nama seorang gabenor British iaitu Leicester P. Beaufort yang merupakan pentadbir Borneo Utara pada tahun 1896 sehingga 1990. Sebelum itu nama daerah ini di panggil dengan nama Padas sempena nama Sungai Padas.

Pekan Beaufort mula diterokai sekitar tahun 1898 dan menjadi salah sebuah kawasan yang berada di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. Pembukaan kawasan pekan ini dimulakan oleh William Clake Cowie yang merupakan salah seorang pegawai British. Sebelum itu Beaufort tidak di huni oleh penduduk Borneo, dan ia telah dibuka untuk membina stesen perhentian keretapi. Akhirnya Beufort mula berkembang dan terdapat beberapa rumah penduduk tempatan dan juga rumah serta pejabat pegawai British.


Luas kawasan daerah Beaufort adalah kira -kira 1740 km persegi termasuk daerah-daerah kecil lain yang berada dibawah pentadbiran daerah Beaufort seperti Membakut. Jumlah keseluruhan penduduk di daerah Beaufort adalah sekitar 80 ribu orang

Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar daerah Beaufort yang boleh dilawati oleh pengunjung dalam dan luar negara yang datang ke daerah ini iaitu seperti :

01. Garama Wetland
02. Weston Wetland
03. Sungai Padas Water Rafting
04. Klias River Cruise

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan