Beluran

Beluran merupakan salah sebuah daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah. Daerah Beluran termasuk di dalam Bahagian Sandakan iaitu kira-kira 90 km dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

BELURAN

Kredit Gambar : madbeluran

Beluran adalah pekan atau daerah kecil di Pantai Timur Sabah yang termasuk dalam Bahagian Sandakan dan mempunyai keluasan kawasan kira-kira 7700 km persegi dengan jumlah penduduk sekitar 100 ribu orang. Pejabat Daerah Kecil Beluran telah ditubuhkan sejak tahun 1916 lagi dan pada mulanya pusat pentadbiran daerah ini terletak di Klagan, namun oleh kerana kawasan Klagan selalu di naiki air ketika banjir, maka pusat pentadbiran dipindahkan ke kaki Bukit Beluran.

Beluran dahulunya juga lebih dikenali dengan nama Labuk Sugut dan daerah ini telah wujud sejak pentadbiran British North Borneo Charterd Company lagi. Nama Beluran dikatakan diambil sempena nama sebuah bukit yang ada terdapat di pekan ini yang disebut dengan nama 'Buludan' oleh suku kaum Dusun Labuk, Sungai dan Tidong.


Namun dikatakan sebutan 'Buludan' telah bertukar kepada perkataan 'Beluran' kerana kesilapan yang berlaku dalam sebutan dan ejaan ketika urusan surat menyurat oleh warga British ketika itu yang tidak berapa fasih menyebut perkataan penduduk tempatan iaitu 'Buludan' sekaligus menyebabkan nama Beluran digunakan hingga ke hari ini.

Dengan jumlah penduduk yang hampir kepada 100 ribu orang, daerah Beluran mempunyai etnik yang berbilang kaum antaranya adalah seperti :
01. Sungai
02. Tidung
03. Suluk
04. Kadazan Dusun
05. Rungus
06. Cocos

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung atau pelancong yang datang ke daerah Beluran adalah seperti berikut :

01. Air Terjun Bakong-Bakong
02. Dataran Anjung Muar Beluran
03. D'Kolam Acong Kolapis

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan