Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah merupakan salah satu lambang utama bagi negeri Sabah dan bendera yang digunakan pada masa kini telah mula digunakan pada hari Malaysia 16 September 1988.

BENDERA NEGERI SABAH



Bendera Sabah merupakan lambang utama bagi negeri Sabah yang menjadi kebanggaan, penyatuan dan perpaduan setiap masyarakat di Sabah tidak kira bangsa atau suku kaum. Walaupun terdiri daripada bilangan etnik yang paling ramai di Malaysia namun semua etnik tetap saling bersatu, hidup harmoni, bertolak ansur dan hormat menghormati di bawah satu bendera iaitu Bendera Negeri Sabah.

Bendera Sabah model yang terkini ini telah mula digunakan ketika Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 1988 dengan berlatar belakangkan lukisan grafik Gunung Kinabalu. Warna yang digunakan dalam bendera Sabah ini adalah terdiri dari warna biru tua, biru muda, putih, biru cerah dan merah. 

Warna biru cerah digunakan disebelah sudut kanan dan berlatarbelakangkan lukisan Gunung Kinabalu yang berwarna biru tua manakala jalur bendera pula menggunakan warna biru muda, warna putih dan warna merah.

Setiap warna yang ada digunakan dan terdapat pada Bendera Negeri Sabah ini membawa maksud yang tersendiri iaitu :

Biru Muda - Melambangkan keamanan dan kesejahteraan
Biru Tua - Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama
Biru Cerah - Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
Putih - Melambangkan kesucian dan keadila
Merah - Melambangkan keberanian dan keyakinan

Kelima-lima warna yang digunakan pada bendera ini juga adalah sebagai tanda yang mewakili 5 Bahagian di Negeri Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

Manakala untuk lukisan grafik Gunung Kinabalu yang terdapat pada bendera Sabah pula ianya adalah bagi melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan