Bornean Sun Bear Conservation Centre

Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) merupakan sebuah Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo yang terletak di daerah Sandakan. Tempat ini telah dibina pada tahun 2008 

BORNEAN SUN BEAR CONSERVATION CENTRE



Sumber Gambar : Wikimedia

Sumber Gambar : Wikimedia

Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini terutamanya ke Sandakan. Tempat ini terletak di Batu 14, Jalan Labuk, Sandakan dan tidak jauh dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok iaitu lebih kurang 5 minit dan lebih kurang 24 km atau 28 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan. Pusat Pemuliharaan ini telah mula dibina pada tahun 2008 yang menjadi Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo dan ia kemudiannya dibuka kepada kunjungan orang ramai pada tahun 2014.

BSBCC menempatkan Beruang Matahari yang kebanyakkanya adalah yang diselamatkan setelah banyak tempat tinggal mereka di Kepulauan Borneo yang telah diterokai dan musnah akibat daripada aktiviti pembalakan hutan yang meluas dan dari pemburu haram. Beruang Matahari adalah beruang dari spesis yang paling kecil di dunin tetapi walaupun kecil beruang ini amat pantas untuk memanjat pokok dan menjadi tarikan para pelancong untuk datang melihatnya. Selain daripada tempat pemeliharaan beruang, BSBCC juga merupakan tempat yang sesuai untuk membuat penyelidikan dan pendidkan yang berkaitan dengan Beruang Matahari ini, jadi tidak hairan ramai penyelidik dari luar negara yang datang ke tempat ini untuk membuat kajian mengenai beruang ini.


Ketika ini terdapat kira-kira 43 ekor Beruang Matahari Borneo yang terdapat di Pusat Pemuliharaan ini dan menjadi satu tarikan buat orang ramai untuk datang ke sini kerana beruang ini sebenarnya sukar di temui atau dijumpai ditempat lain, jadi ini lah masanya sekiranya anda ingin melihat dan mengenal beruang ini dengan lebih dekat. Boleh datang ramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan ke sini dan tempat ini juga ada disediakan kawasan khas untuk para pengunjung melihat beruang-beruang tersebut dan anda tidak boleh sesuka hati ke tempat lain selain dari kawasan yang dikhaskan. Ini adalah agar menjaga keselamatan anda selama berada di sini.Selain itu pengunjung juga boleh mengikuti dan mendengar taklimat berkaitan dengan Beruang Matahari Borneo apabila datang berkunjung ke sini jadi bolehlah juga dapat ilmu dan perjalanan anda ke sini tidak menjadi sia-sia.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung yang datang dan antara kemudahan yang ada disediakan di tempat ini ialah :

Kemudahan :

01. Laluan jalan kaki
02. Papan maklumat
03. Tandas
04. Tempat letak kereta
05. Tempat lihat beruang

Pengunjung atau pelancong yang ingin ke sini pandu kereta sendiri, kalau tidak ada kereta bolehlah menyewa kereta yang ada di Sandakan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu). Selain itu menaiki perkhidmatan teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain tapi harga mungkin mahal sikit, atau pengunjung boleh juga melalui syarikat pelancongan yang berdaftar.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9.30 pagi - 3.30 petang

Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM 10.00
Warganegara kanak-kanak : RM 5.00
Bukan warganegara dewasa : RM 50.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM 25.00
Kanak-kanak bawah 2 tahun : Percuma

Bayaran penggunaan kamera : 
Kamera kanta 500mm dan ke atas : RM1000.00

Untuk Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Bornean Sun Bear Conservation Centre di alamat seperti berikut :

Alamat :
Bornean Sun Bear Conservation Centre,
PPM 219, Elopura,
Poskod 90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia
Telefon : +6089 534491
Website : www.bsbcc.org.my

Nota :

01. Patuhi segala peraturan ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat ini untuk menjaga keselamatan anda sepanjang berada di tempat ini sebab tempat ini adalah kawasan beruang.

02. Jangan membuang sampah merata-rata apabila datang ke tempat ini agar tempat ini sentiasa bersih dan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini.

03. Anda adalah dilarang merokok di dalam kawasan ini.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan