Bosou

Bosou merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Bosou adalah makanan tradisi dan juga makanan kegemaran sampingan bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Negeri Sabah.

BOSOU



Bosou merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan makanan tradisi sebagai pembuka selera bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan Murut. Bosou juga dikenali dengan nama 'Tionsom' dan bagi sesetengah masyarakat Sabah seperti yang tinggal di daerah Ranau hidangan ini lebih dikenali dengan nama 'Tinamba'.

Bosou adalah makanan yang diperbuat daripada isi ikan mentah atau daging yang dijeruk selama lebih kurang 5 hingga 7 hari sebelum dihidang untuk di makan. Sebenarnya ikan apa pun boleh digunakan untuk membuat hidangan ini tidak kira sama ada ia adalah ikan air tawar atau pun ikan laut yang masih lagi segar (fresh).


Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat atau menyediakan hidangan Bosou ini adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Isi ikan mentah atau daging
02. Nasi putih
03. Garam
04. Buah Kepayang

Cara penyediaannya :

1. Bersihkan ikan atau daging yang ingin digunakan
2. Potong/hiris isi ikan atau daging tersebut
3. Potong/hiris buah kepayang
4. Gaulkan isi ikan/daging dengan semua bahan lain

Setelah sudah digaul sehingga sebati, Bosou tersebut kemudian diperam atau dijeruk di dalam bekas sama ada menggunakan botol plastik atau botol kaca dan ditutup dengan rapat dalam tempoh lebih kurang seminggu. Penggunaan isi Buah Kepayang ketika membuat hidangan ini adalah bertujuan sebagai bahan pengawet bagi mengelakkan hidangan ini basi dan berbau busuk.

Selepas tempoh seminggu, hidangan ini bolehlah terus dihidang begitu saja dan dimakan atau kalau mahu dimasak terlebih dahulu boleh juga agar dapat menghilangkan sedikit bau hidangan tersebut kemudian menambahkan lagi perisa tamabahan seperti bawang dan lada. Ia terpulang kepada selera masing-masing sama ada ingin makan terus atau memasaknya terlebih dahulu.

Nota :
1. Boleh tambah buah-buahan lain seperti nangka, nenas atau tuhau
2. Bekas ditutup rapat agar bau tidak keluar untuk elak dari serangga.
3. Pangi juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet hidangan ini.
4. Pastikan isi ikan atau daging telah dibersihkan dengan baik
5. Jangan guna nasi yang masih panas (sejukkan sikit dahulu)

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan