Bukit Tengkorak

Bukit Tengkorak merupakan salah satu tempat menarik negeri Sabah. Bukit Tengkorak ini terletak di dalam daerah Semporna, iaitu lebih kurang 10 km dari Bandar Semporna, Sabah.

BUKIT TENGKORAK





Bukit Tengkorak merupakan salah satu tempat menarik di Semporna. Bukit ini terletak di Jalam Tampi-Tampi, iaitu lebih kurang 10 km dari bandar Semporna. Bukit Tengkorak ini adalah salah satu Tapak Arkeologi tertua di negeri Sabah. Tapak ini dianggarkan terlah wujud sekitar 3000 tahun dahulu. Ia juga merupakan tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara ketika Zaman Neolitik.

Pada tahun 1994 satu kajian telah dijalankan di Bukit Tengkorak oleh beberapa orang penyelidik dai Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) dan pihak Muzium Sabah yang mana hasil penyelidikan tersebut telah menjumpai beribu kepingan tembikar dari Zaman Prasejarah dan ianya dianggarkan berusia kira-kira 3000 tahun dahulu.


Bukit Tengkorak terletak diatas sebuah bukit yang mempunyai ketinggian lebih kurang 600 kaki tetapi jangan risau sebab terdapat juga kemudahan untuk laluan berjalan kaki yang telah disediakan agar dapat memudahkan para pengunjung yang ingin datang ke sini untuk berjalan ke Bukit Tengkorak ini.

Pengunjung dari luar daerah Sempona yang ingin melawat ke bukit ini boleh menaiki bas express yang menuju ke Semporna atau boleh juga memandu sendiri. Kalau tiada kenderaan sendiri, anda boleh menyewa kereta tapi yang penting anda ada lesen memandu yang sah untuk memudahkan perjalanan anda ke sini dan pulang semula.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang


Bayaran masuk :
Percuma

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Muzium Wilayah Pantai Timur seperti alamat di bawah :

Alamat :
Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak
D/A Muzium Wilayah Pantai Timur
Tingkat 2, Wisma Warisan
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-222679
Faks : +6089-229593

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan