Bunga Rafflesia

Bunga Rafflesia atau juga dikenali dengan nama Bunga Pakma merupakan bunga yang paling besar di dunia. Bunga ini banyak ditemui di Sabah dan telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sabah.

BUNGA RAFFLESIA





Bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai Bunga Pakma merupakan bunga yang terbesar di dunia. Bunga ini telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sabah. Bunga Rafflesia yang biasanya terdapat di Sabah adalah dari spesis Rafflesia Keithii iaitu spesis yang mudah hidup di kawasan tanah seperti di Sabah. Spesis jenis ini juga merupakan spesis Bunga Rafflesia yang terbesar di Malaysia yang mana ia mempunyai ukuran sehingga 70-80cm, namun kadang kala ianya boleh mencapai sehingga 90cm. Berat bunga ini juga dikatakan boleh mencapai sehingga 20kg. 

Terdapat juga spesis lain yang boleh ditemui di Negeri Sabah, iaitu seperti Rafflesia Pricei yang biasanya ditemui di kawasan tanah tinggi dan Rafflesia Tengku-Adlinii yang boleh di temui di kawasan gunung seperti yang terdapat di Gurung Trusmadi. Namun yang paling banyak tumbuh di Negeri Sabah sama ada di kawasan hutan atau di pusat pertanian ialah Bunga Rafflesia dari spesis Keithii.


Bunga Rafflesia di Sabah sentiasa dijaga dengan baik dan ianya boleh ditemui di beberapa lokasi di sekitar Negeri Sabah terutama sekali di sebelah Pantai Barat Sabah iaitu seperti dalam Taman Negara Kinabalu, di Pusat Informasi Rafflesia (Rafflesia Information Centre) yang terletak di daerah Tambunan Sabah dan yang terbaru adalah di kawasan Pusat Rekreasi Poring, Ranau.

Biasanya Bunga Rafflesia memerlukan masa sehingga 9 bulan untuk mekar, dan apabila bunga ini mekar anda perlulah ambil peluang dengan secepat mungkin untuk pergi melihat atau mengambil gambar semasa ia masih mekar, ini adalah kerana Bunga Rafflesia biasanya hanya akan mampu hidup mekar selama 3 hingga 4 hari, dan paling lama pun hanya seminggu sahaja. Bunga ini juga akan mengeluarkan bau yang mungkin anda tidak akan berapa suka tetapi fungsi bau yang dikeluarkan adalah bagi mengelakkannya daripada di hinggap oleh serangga perosak.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan