Burasak

Burasak merupakan salah satu makanan tradisional bagi di Sabah. Makanan atau hidangan ini adalah makanan tradisi suku kaum Bugis terutamanya yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah.

BURASAK



Burasak atau lebih dikenali dengan panggilan 'Buras' merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah makanan yang cukup popular di Pantai Timur Sabah seperti di daerah Sandakan dan daerah Tawau. Burasak merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis dan ia biasanya dimasak ketika menyambut hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha.

Burasak sememangnya antara makanan yang selalu dicari dan ditunggu-tunggu ketika Hari Raya oleh segenap lapiran masyarakat di Sabah dan boleh dikatakan pada hari raya pertam dan kedua pasti akan ada hidangan ini jika berkunjung ke rumah suku kaum Bugis. 


Bahan yang digunakan untuk membuat Burasak tidaklah terlalu banyak, dan antara bahan-bahan yang biasa diguna untuk masak burasak adalah :

Bahan-bahan :

01. Beras
02. Santan
03. Daun pisang
04. Tali rafia

Cara penyediaannya :


01. Masak beras bersama perahan santan. Masak macam masak nasi biasa juga cuma bezanya yang ini  airnya adalah gunakan air perahan santan.

02. Setelah beras tersebut masak menjadi nasi, ambil nasi tersebut (biasanya 1 sudu nasi) dan letak di atas daun pisang yang lebih nipis.

03. Bungkus nasi tersebut dengan menggunakan 2 helaian daun pisang iaitu biasanya 1 daun pisang nipis (daun bahagian pucuk pokok pisang) dan 1 lagi daun pisang tebal (daun yang biasa).

04. Setelah dibungkus, ikat dengan kemas, kuat dan ketat (pastikan ikatan tu ketat supaya tidak masuk air). Biasanya 2 bungkus buras diikat menjadi satu.

05. Rebus burasak selama lebih kurang 4 jam mengikut keadaan api juga, (pastikan air dalam periuk tidak kering sebelum burasak tersebut masak).

06. Selepas burasak sudah masak bolehlah dihidang atau dimakan bersama lauk lain sepeti ayam masak kurma, ayam masak merah, atau atau daging masak kari dan lain-lain lagi sesuai dengan selera anda.

Nota :
Oleh sebab burasak di masak dengan campuran santan jadi ia tidak akan lama bertahan, jadi sebaiknya habiskan dalam 1 atau 2 hari sebab takut ianya basi. Kalau lepas 2 hari masih ada bolehlah panaskan terlelbih dahulu dengan cara kukuskan ia.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan