Gombizau Honey Bee Farm

Gombizau Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pusat madu lebah ini  terletak di dalam daerah Kudat Sabah iaitu lebih kurang 43 km dari Bandar Kudat.

GOMBIZAU HONEY BEE FARM




Gombizau Honey Bee Farm atau juga disebut dengan nama Gombizau Kampung Lebah merupakan tempat menarik di Kudat. Ia merupakan sebuah Ladang Lebah Madu yang terletak di Matunggong Kudat, iaitu kira-kira 43 km dari pusat bandar Kudat. Di Ladang Lebah Madu ini terdapat lebih kurang 100 lebih sangkar lebah.

Kebanyakkan madu lebah yang dihasilkan di sini adalah untuk dijual kepada penduduk tempatan dan ada juga yang dijual kepada pelancong-pelancong yang datang melawat ke sini. Penduduk tempatan biasanya membeli madi yang dihasilkan oleh Gombizau Honey Bee Farm kerana dipercayai dan juga telah terbukti berkesan mempunyai khasiat untuk kesihatan. Ia juga dapat menambahkan lagi perasa dalam masakan.


Pengunjung yang datang ke sini dapat melihat cara lebah dipelihara dan bagaimana ladang lebah diurus agar dapat menghasilkan madu yang bermutu tinggi. Selain itu pengunjung yang datang ke sini juga berpeluang merasai madu asli yang dijual di ladang ini. Di sini juga terdapat pokok getah yang ditanam, jadi pengunjung bolehlah melihat kaedah tradisional getah di toreh.

Pengunjung yang ingin ke sini boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kudat atau Matunggong dan pastikan pengunjung memberitahu pemandu bas atau konduktor bas mengenai lokasi yang ingin dituju. Untuk lebih mudah pengunjung sebaiknya memandu kereta sendiri, atau boleh juga menyewa kenderaan dan memandu sendiri (jika ada lesen) supaya boleh melawat ke lokasi menarik lain yang berada di Kudat.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak 6 - 12 tahun = RM 3.00
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah = Percuma

Kadar harga madu :
RM32.00 - RM82.00 (ikut saiz dan jenis)

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Gombizau Honey Bee Farm di alamat seperti di bawah ini :

Gombizau Honey Bee Farm (Mr John)
Kudat, Sabah
Telefon : 016-215 1885
Telefon : 010-905 1885

Nota :
Madu dari pusat Gombizau Honey Bee Farm ini (Ladang Madu Lebah Gombizau) ini adalah madu asli, jadi tidak perlu simpan di peti sejuk untuk elak daripada ianya menjadi beku, dan gunakan sudu plastik ketika mahu guna madu ini (jangan guna sudu besi). 

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan