Gua Gomantong

Gua Gomantong merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan. Gua Gomantong terletak di dalam daerah Kinabatangan, iaitu lebih kurang 95 km dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

GUA GOMANTONG




Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Wikimedia

Gua Gomantong (Gomantong Cave) merupakan salah sebuah gua batu kapur yang cukup popular di Malaysia dan juga kepada pelancong dari luar negara yang datang melancong ke Sabah. Ini kerana dalam gua tersebut terdapat lebih kurang 17 - 19 gua-gua kecil yang menjadi tempat tinggal kepada jutaan burung layang-layang. Sarang burung layang-layang yang terhasil di gua ini merupakan antara yang berkualiti dan terbaik di dunia.

Terdapat dua jenis sarang burung layang-layang di gua ini iaitu sarang hitam dan juga sarang putih (sarang putih lebih berkualiti dan berharga). Sarang hitam yang ketinggiannya 90 meter lebih mudah diakses berbanding dengan sarang putih yang mana memerlukan persiapan atau kemahiran yang lebih tinggi.


Biasanya kerja memungut hasil atau penuaian sarang burung layang-layang ini hanya dilakukan 2 kali sahaja dalam setahun iaitu dalam bulan Februari dan bulan Ogos. Dan ia dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah.


Antara beberapa perkara atau aktiviti menarik yang boleh dilihat atau dilakukan oleh pengunjung yang datang ke Gua Gomantong ini adalah seperti :

1. Berpeluang melihat aktiviti penuaian oleh para pekerja yang menuai sarang burung layang-layang menggunakan peralatan tradisional seperti piatau, gegulung, sesungkit dan ambong.

2. Pengunjung dapat melihat burung layang-layang dan kelawar bertukar masa keluar dan masuk yang mana ianya berlaku sekitar jam 5.15 petang hingga jam 6.15 petang. Pada masa ini kelawar akan keluar dari gua manakala burung layang-layang pula akan masuk ke dalam gua tersebut. Dengan jumlah burung dan kelawar terbang keluar dan masuk yang dianggarkan mencecah 1 juta ekor menjadikannya satu keunikan kepada para pengunjung untuk melihatnya.

3. Selain daripada melihat burung layang-layang, terdapat juga beberapa tempat disediakan kepada para peminat burung untuk melakukan aktiviti memerhati burung yang mana terdapat pelbagai jenis burung yang terdapat di sekitar Gua Gomantong tersebut.

Pengunjung yang ingin ke Gua Gomantong boleh datang dengan menyewa kenderaan (pandu sendiri kalau ada lesen) atau boleh juga melalui ejen pelancongan (pastikan ejen tersebut berdaftar) ini adalah bagi memudahkan segala perjalanan pergi dan balik. Antara kemudahan yang disediakan berdekatan dengan kawasan Gua Gomantong ini adalah seperti tandas awam, surau, bilik mesyuarat dan kantin.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 
Pagi : 8 pagi - 1 petang 
Petang : 2 petang - 5 petang

Jumaat :
Pagi : 8 pagi - 11.30 petang 
Petang : 2 petang - 5 petang

Sabtu -  Ahad : 
Pagi : 8 pagi - 1 petang 
Petang : 2 petang - 5 petang

Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM5.00
Warganegara kanak-kanak : RM2.00
Bukan warganegara atau pelancong luar negara : RM30.00

Nota :

1. Pengujung atau pelawat dibenarkan masuk ke Gua Gomantong ini hanya dikawasan yang dikhaskan sahaja bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

2. Sebab gua ini banyak didiami spesis burung termasuklah juga kelawar, jadi mungkin akan ada bau yang tidak menyenangkan, jadi pengunjung bolehlah sedia penyembur wangi untuk diguna selepas dari gua.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan