Gua Madai

Gua Madai merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Gua Madai terletak di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu di daerah Kunak iaitu jaraknya lebih kurang 16 km dari Pekan Kunak.

GUA MADAI

Sumber Gambar : Wikimedia

Gua Madai merupakan salah sebuah tempat menarik di Kunak, Sabah. Gua Madai adalah sebuah Gua Batu Kapur yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Baturong Madai Kunak kelas VI. Gua Madai telah diiktiraf oleh kerajaan negeri Sabah sebagai salah sebuah warisan yang penting bagi negeri Sabah. Sesetengah penduduk Sabah menggelarkan ini dengan nama "Gunung Burung Walit" kerana terdapatnya sarang burung walit yang banyak di dalam gua tersebut.

Penduduk Sabah dari suku kaum Idahan merupakan pemilik hak ke atas Gua Madai yang menghasilkan sarang burung layang-layang atau disebut juga sarang burung walit, yang mana masa penuaian atau pengambilan sarang burung tersebut dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu sekitar bulan Februari hingga April dan bulan Julai hingga September. Proses penuaian ini akan dikawal dan diselia oleh pihak Jabatan Hidupan Liar negeri Sabah.


Gua Madai terletak kira-kira 13 km dari pekan Kunak, oleh itu pengunjung yang ingin ke sini boleh menyewa kenderaan atau menggunakan kenderaan sendiri agar memudahkan pergi dan balik ke sini. Dan boleh semak kalau ada ejen pelancongan menawarkan pakej yang termasuk melawat ke sini (pastikan ejen pelancongan tersebut sah dan beraftar).


Untuk bayaran masuk ke kawasan Gua Madai adalah sekitar RM1.00 (harga mungkin berubah), dan pengunjung dikehendaki mendapatkan pass masuk di pinti masuk utama. Sekiranya pengunjung ingin berjalan memasuki kawasan Hutan Simpan selain dari tempat yang telah dikhaskan maka pengunjung dikehendaki meminta kebenaran daripada pihak Jabatan Perhutanan Sabah terlebih dahulu.

Nota :
Sebaiknya kalau pengunjung atau pelancong masuk ke dalam gua, anda disarankan jangan terlalu banyak bercakap sambil melihat ke bahagian atas sebab berkemungkinan akan jatuh najis burung ke dalam mulut.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan