Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Negara Malaysia. Gunung Kinabalu adalah juga merupakan salah satu lambang kemegahan setiap penduduk di Negeri Sabah.

GUNUNG KINABALU



Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 80km dari pusat bandar Kota Kinabalu dan ia merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu mempunyai beberapa puncak iaitu seperti Puncak Low, Puncak St. John, Puncak Oyayubi, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward, Puncak Telinga Keldai dan Puncak Tunku Abdul Rahman

Nama gunung ini diambil daripada perkataan 'Aki Nabalu iaitu perkatan dari etnik Kadazan-Dusun, yang mana 'Aki' membawa maksud nenek moyang manakala 'Nabalu' pula bermaksud Gunung. Gunung ini juga merupakan sebagai lambang penyatuan rakyat Sabah yang mana sentiasa bersatu padu walaupun mempunyai jumlah etnik yang banyak.


Selain itu Gunung Kinabalu juga merupakan salah satu tempat atau lokasi pelancongan paling popular di negeri Sabah dan juga Malaysia amnya, yang mana ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melawat ke Sabah sangat teringin untuk mendaki gunung ini.

Pada tahun 1851, Gabenor British di Labuan iaitu Hugh Low dan seorang penunjuk jalan dari etnik Dusun telah cuba untuk mendaki gunung ini namun ianya tidak berjaya dan mereka merasakan bahawa puncak ini hanya boleh dicapai oleh haiwan yang mempunyai sayap saja. Kemudian pada tahun 1858 Hugh Low sekali lagi mencuba untuk mendaki gunung ini bersama seorang Konsul dari Brunei iaitu Spenser St. John, namun tidak juga berjaya.

Pada tahun 1888, puncak Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara akhirnya dapat ditawan oleh seorang zoologi British iaitu John Whitehead. Manakala wanita pertama yang sampai di puncak gunung ini adalah Lilian Suzette Gibbs pada 24 Februari 1910 yang mana pada ketika itu beliau telah mengetuai ekpedisi penyelidikan botani ke Gunung Kinabalu.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan