Gunung Trus Madi

Gunung Trus Madi merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Gunung ini kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan terletak di dalam daerah Tambunan, Sabah.

GUNUNG TRUS MADI




Gunung Trus Madi merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu iaitu dengan ketinggian 2,642 meter. Gunung ini terletak di dalam daerah Tambunan Sabah. Gunung Trus Madi terletak di dalam kawasan hutan tebal seluas 180 ribu hektar dan mempunyai rupa bentuk yang lebih memberi cabaran kepada para pendaki berbanding Gunung Kinabalu.

Dalam kawasan hutan ini anda anda akan dapat melihat pelbagai hidupan flora dan fauna seperti periuk kera dan flora yang mempunyai khasiat perubatan seperti Nepenthes Macrophylla, namun anda tidak boleh memetik atau mengambil flora yang ada di sini, anda cuma boleh untuk mengambil gambar sahaja. Selain itu terdapat juga lebih kurang 140 spesis burung yang terdapat di hutan ini.


Untuk membuat pendakian ke puncak Gunung Trus Madi pendaki biasanya anda boleh menggunakan tiga laluan untuk sampai ke puncak gunung iaitu melalui :

1. Melalui laluan Wayaan Kaingaran (Tambunan) iaitu sejauh 4.9 km dari titik mula. Biasanya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda (4WD) untuk sampai ke titik permulaan kerana bentuk jalan yang sesuai untuk kenderaan ini. Jarak dari Pekan Tambunan ke titik mula adalah sekitar 30km.

2. Melalui Wayaan Mastan (Keningau) iaitu sejauh 4.3 km dari titik mula dan ia juga biasanya hanya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda (4WD) untuk sampai ke titik permulaan. Jauh dari bandar Keningau ke titik mula adalah sekitar 75km.

3. Melalui laluan Mannan (Sinua, Sook) iaitu  sejauh 11.3 km dari titik mula. Laluan ini mempunyai bentuk jalan yang baik dan senang untuk dilalui cuma ianya lebih jauh dari titik permulaan iaitu kira-kira 105km dari bandar Keningau.

Untuk ke sini anda boleh menaiki kereta sendiri atau menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen), tapi sebaiknya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda sebab keadaan jalannya yang sesuai untuk kenderaan jenis ini sahaja. Pilihan lain adalah anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ejen daripada pelancongan tempatan yang sah berdaftar. Untuk masuk ke dalam kawasan ini anda perlulah mendapatkan permit kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Perhutanan Sabah, tapi kalau anda ikut ejen pelancongan mereka yang akan uruskan semua seperti kenderaan, permit, makan, penginapan dan lain-lain lagi.

Bayaran masuk  :

Warganegara dewasa : RM 5.00
Warganegara kanak-kanak : RM 3.00
Bukan warganegara dewasa : RM 15.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM 7.00

Bayaran mendaki :

Warganegara : dewasa : RM 30.00
Warganegara kanak-kanak : RM 10.00
Bukan warganegara dewasa : RM 80.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM 40.00

Bayaran perkhidmatan :

1. Pengangkutan berpermit : RM 100.00 (sekali perjalanan)
2. Rumat rehat : RM 40.00 (satu malam)
3. Berkhemah : RM 5.00 (seorang untuk warganegara)
4. Berkhemah : RM 10.00 (seorang untuk bukan warganegara)
5. Sijil pendakian : RM 10.00

Oleh kerana gunung ini berada di kawasan Hutan Simpan Trus Madi, jadi sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Jabatan Perhutanan Sabah atau pun Jabatan Perhutanan Sabah Cawangan Tambunan dan Keningau seperti di bawah :

Alamat Ibu Pejabat :
Ibu Pejabat,
Jabatan Perhutanan Sabah,
Beg Berkunci 68,
90009, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-242 500
Faks : 089-671 303
Website : https://forest.sabah.gov.my/

Alamat Tambunan :
Pejabat Perhutanan Daerah Tambunan
Peti Surat 64,
89657, Tambunan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-899 589
Faks : 089-899 588
Website : https://forest.sabah.gov.my/

Alamat Keningau :
Pejabat Perhutanan Daerah Keningau,
Peti Surat 88,
89007, Keningau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-331 203
Faks : 087-338 721
Website : https://forest.sabah.gov.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan