Hospital Beluran

Hospital Beluran merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah dan terletak di Jalan Beluran Lama, Beluran Sabah iaitu cuma lebih kurang 500 meter sahaja dari Pekan Beluran

HOSPITAL BELURAN

Sumber Gambar : Wikimedia

Hospital Beluran merupakan sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah dan hospital ini dibina untuk memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sekitar daerah Beluran dan kawasan-kawasan di sekitar daerah ini. Pada masa kini Hospital Beluran menampung kira-kira 52 buah katil sahaja.

Hospital Beluran juga tidak ada menyediakan perkhidmatan doktor pakar, oleh itu sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan khidmat doktor pakar maka pesakit tersebut akan di rujuk atau dipindahkan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan.


Terdapat beberapa perkhidmatan yang ada diberikan oleh hospital ini dan antara perkhidmatan yang diberikan di Hospital Beluran adalah berikut :

01. Unit Kecemasan
02. Jabatan Farmasi
03. Unit Kerja Sosial
04. Unit Patologi
05. Unit Hemodialisis
06. Unit Ficioterapi
07. Unit Pendidikan Kesihatan
08. Unit Rekod Perubatan

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Beluran di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Beluran

Beg Berkunci No. 2
90109, Beluran, 
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-511233 / 089-511333

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan