Hospital Duchess Of Kent Sandakan

Hospital Duchess Of Kent Sandakan merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah dan juga hospital kedua terbesar. Hospital ini terletak kira-kira 3.2 km dari Pusat Bandar Sandakan.

HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN



Hospital Duchess Of Kent Sandakan atau disebut juga Hospital Sandakan merupakan salah sebuah hospital yang terdapat di Negeri Sabah. Hospital ini adalah hospital kedua terbesar di Sabah selepas Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Hospital Sandakan Duchess Of Kent terletak di Batu 2, Jalan Utara Sandakan iaitu 3.2 km dari Pusat Bandar Sandakan. Hospital ini adalah antara yang tertua di Sabah yang telah memulakan perkhidmatan kesihatan di awal tahun 1900 lagi.

Bangunan hospital di tapak kawasan yang ada sekarang ini telah mula dibina sejak tahun 1951 dan perasmiannya telah disempurkan oleh HRH Duchess Of Kent iaitu pada 20 Oktober 1952. Pembinaan bangunan ini kemudian telah siap sepenuhnya pada tahun 1953 dan seterusnya meletakkan nama hospital ini dengan nama Duchess Of Kent iaitu bersempena nama yang merasmikannya.


Dengan saiz kawasan 42.93 ekar dan penambahan beberapa blok bangunan baru, hospital ini mampu menempatkan kira-kira 400 katil. Selain memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan sekitar, hospital ini juga memberikan perkhidmatan yang merangkumi beberapa daerah yang termasuk dalam Bahagian Sandakan iaitu Kinabatangan, Beluran dan Telupid.


Setelah melalui beberapa perkembangan, pada 14 Disember 2009 Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah menjadi hospital pertama di Sabah yang memberikan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari yang mana ianya telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu pada 31 Januari 2010.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Duchess Of Kent Sandakan di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Duchess Of Kent Sandakan
KM 3.2, Jalan Utara
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-248600
Faks : +6089-213607
Talian Kecemasan : +6089-225022
Website : 
https://hdok.moh.gov.my/v8/index.php

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan