Hospital Kota Belud

Hospital Kota Belud adalah sebuah Hospital Keraan yang terdapat di Negeri Sabah. Hospital ini terletak di daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 1.5 km dari Pekan Kota Belud.

HOSPITAL KOTA BELUD

Sumber Gambar : Wikimedia

Hospital Kota Belud adalah salah sebuah hospital yang terdapat di Negeri Sabah. Hospital ini  terletak lebih kurang 2 km atau 4 minit perjalanan dari Pekan Kota Belud. Perkhidmatan perubatan di daerah Kota Belud ini telah pun bermula sejak tahun 1946 di bangunan sementara untuk menunggu siap bangunan hospital baru yang siap pada tahun 1950.

Pada tahun 1980 sebuah bangunan baru untuk hospital ini telah dibina dan telah siap serta memulakan operasinya pada tahun 1982. Oleh kerana daerah ini semakin ramai jumlah penduduk dan permintaan kesihatan juga semakin meningkat maka pada tahun 2000 sebuah lagi bangunan untuk wad lelaki telah dibina dan siap pada tahun 2001. 



Dari masa ke semasa Hospital Kota Belud telah banyak membuat beberapa perubahan dan juga penambahbaikan agar dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk daerah Kota Belud dan kawasan sekitarnya. Sehingga kini hospital ini telah mampu menampung kira-kira 172 katil pesakit.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Kota Belud di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Kota Belud

Peti Surat 159,
Poskod 89158, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Tel : 6088-976333
Website : https://hkotabelud.moh.gov.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan