Hospital Kota Marudu

Hospital Kota Marudu adalah salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di negeri Sabah. Hospital Kota Marudu di Pedalaman Sabah iaitu terletak kira-kira 5 km dari Pekan Kota Marudu.

HOSPITAL KOTA MARUDU



Hospital Kota Marudu adalah salah satu hospital yang terdapat di negeri Sabah. Perkhidmatan kesihatan di Kota Marudu telah bermula pada tahun 1966 lagi. Hospital baru ini telah dimulakan pembinaan pada awal tahun 1990 di kawasan seluas kira-kira 14 ekar dan teletak kira-kira 5 km atau 10 minit perjalanan dari Pekan Kota Marudu.

Pada penghujung tahun 1993 Hospital Kota Marudu telah siap sepenuhnya dan memulakan operasinya pada 28 Januari 1994 dengan hanya memberikan perkhidmatan awal kepada pesakit luar sahaja. Kemudian pada 8 Jun 1994 Hospital Kota Marudu telah mula memberikan perkhidmatan kepada pesakit dalam wad hospital dengan menyediakan beberapa buah katil pesakit.


Pada tahun 2007 Hospital Kota Marudu telah dapat menampung lebih banyak pesakit dalam wad apabila penambahan katil dibuat menjadikan hospital ini mempunyai katil sebanyak 97 buah berbanding hanya lebih kurang 60 lebih sahaja pada awal pembukaan hospital baru ini.

Kemudian 6 Jun 2005, sebuah lagi wad telah dibuka di Hospital Kota Marudu ini yang menyediakan perkhidmatan perubatan khusus untuk pesakit daripada kanak-kanak.

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Kota Marudu di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Kota Marudu

Peti Surat 253
89108, Kota Marudu
Sabah, Malaysia
Tel : +6088-661984
Website : https://hkm.moh.gov.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan