Hospital Kuala Penyu

Hospital Kuala Penyu merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah. Hospital ini terletak di dalam daerah Kuala Penyu Sabah iaitu lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu.

HOSPITAL KUALA PENYU

Sumber Gambar : Wikimedia

Hospital Kuala Penyu merupakan salah satu Hospital Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah dan hospital ini telah dimulakan pembinaannya pada 3 Julai 2001 dan telah siap sepenuhnya pada 30 Mei 2005. Walaubagaimanapun Hospital Kuala Penyu hanya mula beroperasi pada 28 Februari 2006 dengan kos pembinaan sebanyak RM76 juta.

Hospital Kuala Penyu menyediakan perkhidmatan untuk pesakit di wad dan juga pesakit luar namun tidak menyediakan perkhidmatan doktor pakar. Hospital Kuala Penyu mempunyai keluasan kawasan kira-kira 30 ekar dan mampu memuatkan sehingga 72 buah katil.


Terdapat beberapa bangunan dan kompleks yang dibina di hospital ini dan antara bangunan atau kompleks yang terdapat di Hospital Kuala Penyu ini adalah seperti berikut :

01. Kompleks Perubatan
02. Bangunan Kauters
03. Asrama Jururawat
04. Gelanggang Sukan

Selain itu terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di Hospital Kuala Penyu iaitu untuk kemudahan para pelawat atau pesakit :

01. Mesin ATM
02. Surau
03. Taman Terapeutik
04. Kantin
05. Tapak letak kereta

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Kuala Penyu di alamat seperti di bawah ini :
 

Alamat :
Hospital Kuala Penyu

W.D.T No. 35
89747, Kuala Penyu
Sabah, Malaysia
Tel : 087-853100

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan