Hospital Kunak

Hospital Kunak merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah. Hospital ini juga terletak Pantai Timur Negeri Sabah iaitu di dalam daerah Kunak Sabah.

HOSPITAL KUNAK



Hospital Kunak adalah salah satu hospital yang terdapat di negeri Sabah. Hospital ini telah dibina pada tahun 2005, namun hospital ini hanya mula beroperasi pada tanggal 18 Mac 2006 dengan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sekitar daerah Kunak.

Hospital Kunak mampu menampung kira-kira 48 buah katil dan hospital ini juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pesakit dan pelawat iaitu seperti kemudahan wad, kantin dan juga surau.


Oleh kerana Hospital Kunak bukanlah sebuah hospital berpakar maka pesakit yang ingin mendapatkan perkhidmatan doktor pakar akan dirujuk ke Hospital Lahad Datu atau Hospital Tawau mengikut keadaan pesakit tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Kunak di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Kunak

W.D.T 150
91209, Kunak
Sabah, Malaysia
Tel : 089-894100

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan