Hospital Lahad Datu

Hospital Lahad Datu merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di sebelah Pantai Timur negeri Sabah iaitu di daerah Lahad Datu dan kira-kira 3 km dari Bandar Lahad Datu

HOSPITAL LAHAD DATU

Sumber Gambar : Wikimedia

Hospital Lahad Datu merupakan sebuah hospital berpakar milik kerajaan yang terletak di dalam daerah Lahad Datu. Pada awal penubuhan hospital ini hanyalah sebuah hospital yang kecil dan dikenali nama Hospital Anne yang telah dibina pada tahun 1962 dan terletak cuma 500 meter saja dari Pusat Bandar Lahad Datu. 

Kemudian Kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan baru Hospital Lahad Datu yang telah dimulakan pembinaanya Pada 30 Mac 1999. Selepas hampir 3 tahun akhirnya bangunan hospital baru tersebut telah siap sepenuhnya pada 13 Januari 2002. Walaubagaimanapun operasi di bangunan hospital yang baru ini hanya bermula sepenuhnya pada 1 April 2004 selepas proses penambahan kemudahan dan pemindahan dari bangunan lama selesai.


Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di hospital ini kepada para pesakit dan juga pelawat dan antara kemudahan tersebut adalah seperti :

01. Wad pesakit
02. Surau
03. Kantin.
04. Taman Rehat
05. ATM

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Lahad Datu di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Lahad Datu

Peti Surat 60065
91100, Lahad Datu
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-895111
Laman Web : https://hldu.moh.gov.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan