Hospital Papar

Hospital Papar adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Papar dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sekitar daerah Papar, Sabah.

HOSPITAL PAPAR



Hospital Papar merupakan salah sebuah hospital yang terdapat di Sabah. Hospital ini terletak di daerah Papar iaitu lebih kurang 1.8 km atau kira-kira 3 minit perjalanan dari Pekan Papar. Jarak hospital ini ke Kota Kinabalu adalah lebih kurang 39 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dan hospital ini mampu menampung sehingga 77 buah katil.

Hospital Papar menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pesakit di sekitar daerah Papar dan kawasan sekitarnya. Hospital ini tidak mempunyai perkhidmatan doktor pakar, oleh itu pesakit di daerah Papar yang memerlukan khidmat doktor pakar akan dirujuk atau di bawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 atau 2 di Kota Kinabalu.


Terdapat beberapa perkhidmatan yang ada diberikan oleh hospital ini untuk para pesakit dan antara perkhidmatan yang diberikan di Hospital Papar adalah seperti :

1. Unit Kecemasan
2. Jabatan Farmasi
3. Unit Kerja Sosial
4. Unit Fatologi
5. Unit Hemodialisis
6. Unit Pendidikan Kesihatan
7..Unit Ficioterapi
8. Unit Rekod Perubatan

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Hospital Papar di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Papar

Peti Surat No. 6
89607, Papar
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-913333
Faks : +6088-913587

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan