Hospital Queen Elizabeth I Kota Kinabalu

Hospital Queen Elizbaeth Kota Kinabalu merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan di Sabah dan mula dibina pada tahun 1957 yang mana pada masa itu ia dikenali dengan nama Hospital Jesselton

HOSPITAL QUEEN ELIZABETH 1

Sumber Gambar : Wikimedia

Hospital Queen Elizabeth I Kota Kinabalu merupakan salah sebuah Hospital Kerjaan yang terdapat di Negeri Sabah dan hospital ini adalah hospital yang mempunyai pelbagai perkhidmatan termasuklah doktor pakar. Bangunan hospital ini telah siap dibina pada tahun 1957 dan pada masa itu hospital ini menggunakan nama Hospital Jesselton. Pada awal penubuhan, blok Hospital Jesselton hanya dibina dengan menggunakan papan kayu dan berbumbungkan atap biasa sahaja.

Pada tahun 1967 satu blok bangunan yang baru telah dibina bagi menempatkan Jabatan Outpatient dan Makmal Central. Kemudian pada tahun 1981 pula satu lagi bangunan baru Hospital Jesselton yang lebih besar telah dibina dengan kos sebanyak RM20 juta dan ianya mampu menampung sehingga lebih kurang 589 katil pesakit.


Pada tahun 1971, Ratu Elizabeth telah membuat lawatan ke Negeri Sabah dan nama Hospital Jesselton kemudiannya telah ditukarkan kepada nama Hospital Queen Elizabeth sempena lawatan Ratu Elizabeth ke Hospital Jesselton dan juga sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan British terhadap pembangunan di Sabah terutamanya dalam pembangunan dan perkembangan kesihatan pada ketika itu.

Bermula dari awal tahun 1980an, Hospital Queen Elizabeth ini terus mengalami pembangunan dan juga perkembangan yang berterusan menerusi beberapa fasa termasuk rancangan pembinaan 2 lagi menara blok yang baru untuk kegunaan Unit Kemalangan dan Unit Kecemasan, Pusat Makmal dan beberapa wad lagi untuk kegunaan para pesakit di hospital ini.

Kemudian pada 24 Oktober 2008, YAB Tan Sri Datuk Musa bin Hj. Aman yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu telah bersetuju untuk memberikan sebuah tapak baru yang lebih sesuai untuk pembinaan bangunan baru Hospital Queen Elizabeth kerana bangunan yang sedia ada mengalami masalah dan perlu dibina semula. Terdapat beberapa cadangan lokasi baru bangunan yang akan dibina dan antara cadangan yang diberikan termasuklah membina hospital berkenaan di lokasi berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Bandar Kota Kinabalu.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu 1 di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu

Beg Berunci No. 2029,
Poskod 88586, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-517555
Website : https://qeh.moh.gov.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan