Hospital Tambunan

Hospital Tambunan merupakan salah sebuah Hopital Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah. Hospital ini terletak di Bahagian Pedalaman negeri Sabah iaitu dalam daerah Tambunan Sabah.

HOSPITAL TAMBUNAN



Hospital Tambunan merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di daerah Tambunan. Hospital ini memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di daerah Tambunan dan juga di kawasan sekitar daerah ini. Hospital Tambunan mampu menampung lebih kurang 50 buah katil.

Hospital Tambunan bukanlah sebuah hospital berpakar, oleh itu sekiranya ada pesakit yang memerlukan khidmat doktor pakar, maka pesakit tersebut akan dibawa dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 1 atau Hospital Queen Elizabeth 2 di Kota Kinabalu Sabah.


Terdapat beberapa perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini dan antara perkhidmatan yang ada diberikan di Hospital Tambunan adalah seperti berikut :

01. Unit Kecemasan
02. Jabatan Farmasi
03. Unit Kerja Sosial
04. Unit Patologi
05. Unit Hemodialisis
06. Unit Ficioterapi
07. Unit Pendidikan Kesihatan
08. Unit Rekod Perubatan

Untuk Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Tambunan di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Tambunan

Peti Surat 10,
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia.
Tel : 087-774333
Faks : 087-774102

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan