Hospital Tawau

Hospital Tawau merupakan salah sebuah Hospital Kerajaan yang terdapat di sebelah Pantai Timur Sabah dan terletak kira-kira 1 km dari pusat bandar Tawau Sabah.

HOSPITAL TAWAU



Hospital Tawau merupakan salah sebuah hospital di Sabah yang terletak di daerah Tawau iaitu lebih kurang 2.7 km dari Pusat Bandar Tawau. Hospital ini telah mula ditubuhkaan pada tahun 1922 dan dikenali dengan nama Hospital Silimpompon pada masa itu. Hospital ini juga menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pesakit di sekitar daerah Tawau, Kunak dan Semporna.

Kawasan Hospital Tawau mempunyai keluasan kira-kira 16 ekar yang mana ia meliputi bangunan wad lama, wad baru dan poliklinik. Sekitar tahun 1990an sebuah Klinik Pakar telah dibina di hospital ini yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pada ketika itu iaitu YB Datuk Dr. Chua Jui Ming. Ini adalah bagi memastikan Hospital Tawau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Tawau dan daerah lain disekitarnya.


Pada tahun 2005 Hospital Tawau telah mengambil inisiatif untuk membuat atau melaksanakan projek Hospital Dalam Taman agar dapat membantu dan memberikan satu susana yang selesa kepada para pesakit dan pelawat yang berehat di taman tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Tawau di alamat seperti berikut :

Alamat : 
Hospital Tawau

Peti Surat 67
Poskod 91007, Tawau, 
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-983533
Faks :  089-778626
Website : https://htwu.moh.gov.my

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan