Hospital Tuaran

Hospital Tuaran adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Tuaran dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sekitar daerah Tuaran, Sabah.

HOSPITAL TUARAN

Sumber Gambar : Wikimedia

Hospital Tuaran merupakan salah sebuah hospital yang terdapat di Negeri Sabah. Hospital ini terletak lebih kurang 5 km atau 7 minit perjalanan dari Pekan Tuaran. Hospital ini memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sekitar daerah Tuaran dan kawasan sekitarnya sama ada sebagai pesakit luar atau sebaliknya.

Perkhidmatan perubatan di Tuaran telah pun bermula sejak tahun 1933 dan pusat kesihatan pada masa itu dikenali dengan nama Dispensari Tuaran. Pada tahun 1989 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai hospital dan menggantikan nama Dispensari kepada Poliklinik Tuaran sementara menunggu bangunan baru hospital siap dibina.


Pada penghujung tahun 1993, bangunan baru Hospital Tuaran tersebut siap dibina dan ia kemudian telah dirasmikan pada 8 April 1994 oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu iaitu YB Dato' Lee Kim Sai. Dengan ada bangunan baru ini ianya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pesakit.

Dengan jumlah penduduk yang semakin ramai dan permintaan kesihatan yang semakin tinggi, maka pada tahun 2013 sebuah lagi bangunan baru hospital telah dibina yang dapat akan menampung sehingga 76 buah katil sekaligus dapat memberikan tahap kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat di sekitar daerah Tuaran dan kawasan sekitarnya.


Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Hospital Tuaran di alamat seperti berikut :

Alamat :
Hospital Tuaran
Peti Surat 996,
89207, Tuaran,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-788 224
Telefon : 088-788 317
Faks : 088-788 167
Website : http://htrn.moh.gov.my/htocc/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan