Jata Negeri Sabah

Jata Negeri Sabah merupakan lambang utama bagi Negeri Sabah. Reka bentuk Jata Negeri Sabah pada masa kini telah mula digunakan ketika sambutan hari Malaysia 16 September 1988.

JATA NEGERI SABAH



Jata Negeri Sabah merupakan lambang bagi negeri Sabah yang menjadi kebangaan, penyatuan dan perpaduan setiap masyarakat yang tinggal di Sabah tidak kira bangsa atau suku kaum. Reka bentuk jata sekarang ini telah mula digunakan ketika Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 1988 dan jata ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian utama (tengah). 

Bahagian pertama :
Bahagian pertama iaitu pada bahagian atas yang mana terdapat 2 tangan yang sedang menjulang bendera negeri ianya adalah melambangkan perpaduan dan kerjasama dikalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini untuk kemajuan dan kejayaan bersama. Manakala bagi 5 bentuk susunan warna negeri di bawah tangan tersebut adalah 
melambangkan 5 bahagian pentadbiran yang ada di negeri Sabah (Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Kudat dan Bahagian Pedalaman).


Bahagian kedua :
Bahagian utama (tengah) jata yang berbentuk seperti perisai terbahagi kepada 2 bahagian bahagian atas yang menampilkan 3 warna iaitu biru muda, putih dan merah ia menunjukkan warna bendera negeri. Manakala bahagian bawah menonjolkan warna biru cerah berlatarbelakang lukisan Gunung Kinabalu tua melambangkan Gunung Kinabalu yang menjadi satu tanda kemegahan rakyat negeri ini. Dibawah bahagian utama jata diletakkan cogan kata atau moto bagi negeri Sabah iaitu 'SABAH MAJU JAYA' yang mana tulisannya berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna merah.

Setiap warna yang digunakan dalam Jata Negeri Sabah membawa maksud yang tersendiri

Biru Muda - Melambangkan keamanan dan kesejahteraan
Biru Tua - Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama
Biru Cerah - Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
Putih - Melambangkan kesucian dan keadilan
Merah - Melambangkan keberanian dan keyakinan

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan