Kampung Bilit Sukau

Kampung Bilit, Sukau merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Sandakan. Kampung Bilit terletak di Sukau, dalam daerah Kinabatangan iaitu 135 km dari Pusat Bandar Sandakan.

KAMPUNG BILIT SUKAU


Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Flickr

Kampung Bilit Sukau merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan. Kampung ini terletak di Sukau iaitu kira-kira 135 km dari pusat bandar Sandakan. Kampung Bilit menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah. Ini kerana lokasinya yang lebih mudah untuk para pelancong melalukan aktiviti sungai seperti menaiki bot menyusuri sepanjang Sungai Kinabatangan sambil melihat hidupan liar di sepanjang Sungai Kinabatangan.

Sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan hingga ke bahagian Hulu Sungai pengunjung mungkin berpeluang untuk melihat Orang Utan Asli Borneo dan Monyet Proboscis. Selain itu pengunjung yang bermalam di Kampung Bilit juga mungkin berkesempatan untuk melihat hidupan liar yang lain seperti gajah, buaya dan pelbagai jenis burung pada waktu malam.


Pengunjung yang ingin ke Kampung Bilit tidak perlu risau tentang tempat penginapan dan makanan kerana di sini terdapat banyak syarikat-syarikat pelancongan tempatan yang berdaftar menyediakan rumah penginapan, resort, pengangkutan, makanan dan penunjuk jalan (guide).

Pelancong dari dalam atau luar negara yang mahu datang ke Kampung Bilit sebaiknya pengunjung memilih mana-mana pakej pelancongan dari syarikat atau pengusaha pelancongan tempatan yang berdaftar untuk memudahkan anda dari segi pengangkutan, makanan dan penginapan ketika berada di Kampung Bilit. Ini kerana perjalanan dari pusat bandar Sandakan ke Sukau adalah sejauh 135 km dan 42 km daripada perjalanan tersebut adalah melalui jalan yang tidak berturap 'gravel'.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan

Catat Ulasan