Kampung Sumangkap Gong Factory

Kampung Sumangkap Gong Factory merupakan sebuah kilang pembuatan Gong di Sabah dan tempat merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di dalam daerah Kudat, Sabah.

KAMPUNG SUMANGKAP GONG FACTORY

Sumber Gambar : Sabahtourism

Kampung Sumangkap Gong Factory merupakan sebuah tempat menarik di Kudat.  Kampung ini terletak di Jalan Kg. Sumangkap, Kudat iaitu kira-kira 92km atau 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Kampung Sumangkap Gong Factory merupakan sebuah kilang pembuatan gong yang sangat terkenal di negeri Sabah. Kampung ini telah dipilih oleh kerajaan Sabah sebagai tempat pembuatan dan pengeluaran gong negeri Sabah selaras dengan saranan dari kerajaan yang ingin mewujudkan Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional bagi suku kaum Rungus yang ramai tinggal di daerah Kudat. Gong banyak digunakan ketika majlis-majlis rasmi, tidak rasmi atau ketika majlis perkahwinan. 
Gong yang di hasilkan di sini terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz. Gong-Gong ini juga biasanya dijual kepada pengunjung dan penduduk tempatan yang ingin beli gong tersebut di sini.


Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat bagaimana gong dihasilkan oleh pembuat gong dan bagaiman ia dimainkan. Bagi kumpulan pengunjung yang datang secara berkumpulan atau beramai-ramai, mereka akan dipersembahkan dengan persembahan muzik dengan menggunakan alat muzik Kulintangan iaitu satu set gong yang berbeza saiz dan mengeluarkan bunyi yang berbeza

Pengunjung yang ingin ke Kampung Sumangkap Gong Factory ini boleh menaiki bas dari bandar Kota Kinabalu yang menuju ke Kudat dengan kadar tapi pastikan pengunjung telah memberitahu pemandu atau konduktor bas dimana anda ingin diturunkan. Selain itu terdapat beberapa ejen pelancongan tempatan yang menawarkan pakej pelancongan sehari ke tempat menarik di Kudat iaitu ke Kampung Sumangkap Gong Factory, Gombizau Honey Bee Farm dan Tanjung Simpang Mengayau, jadi pengunjung boleh cuba hubungi ejen pelancongan tempatan (pastikan yang berdaftar)

Pilihan lain untuk ke Kampung Sumangkap Gong Factory ini adalah dengan cara memandi kenderaan sendiri, atau boleh juga menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (tapi pastikan anda ada lesen)

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang.

Bayaran masuk : 
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak 6-12 tahun : RM 3.00
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma
(Harga mungkin berubah mengikut keadaan)

Harga gong yang dijual di sini biasanya adalah berbeza mengikut jenis gong yang dihasilkan. Ada gong yang dijual lebih murah iaitu sekitar RM25.00 hingga RM37.00, dan ada juga gong yang dijual dengan harga lebih mahal iaitu sekitar RM300 hingga RM2500.

Harga gong yang lebih mahal biasanya adalah gong yang diperbuat daripada bahan tembaga yang mana ia lebih kuat dan tahan lama serta bunyi yang dihasilkan daripada gong ini juga nyaring dan tidak akan berubah rentak.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan