Kapurung

Kapurung merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Kapurung ialah makanan tradisi bagi suku kaum Bugis yang tinggal di Sabah terutama sekali di sebelah Pantai Timur Negeri Sabah.

KAPURUNG



Kapurung adalah salah satu makanan tradisional di Sabah dan ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bugis yang tinggal di Sabah, terutamanya suku kaum Bugis yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu seperti di Daerah Sandakan, Daerah Lahad Datu dan juga Daerah Tawau. Hidangan ini sememangnya sangat popular di bagi suku kaum Bugis.

Kapurung mempunyai bentuk yang hampir sama dengan makanan kaum Melayu-Brunei di Sabah iaitu Ambuyat yang menggunakan kanji sebagai hidangannya. Namun apa yang membezakannya adalah Ambuyat biasanya dihidang berasingan dengan bahan lain tetapi Kapurung dicampurkan terus masakan kanji dengan bahan-bahan lain yang lain.


Pada kebiasaannya Kapurung akan dihidang ketika sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti ketika cuti pada hujung minggu atau semasa cuti sekolah bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga. Ia juga biasa dihidang dan dimakan bersama jiran tetangga. Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk memasak atau membuat Kapurung adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. 1/2 pek sagu putih/tepung kanji
02. 1/4 kacang tanah (atau segenggam)
03. Sayur (kacang panjang dan kangkung)
04. 1 tin sardin atau 1 genggam ikan bilis 
05. 1500 ml air
06. Lada (terpulang dari anda)
07. Bawang putih dan merah
08. Limau

Penyediaan bahan :

01. Masukkan sagu atau tepung kanji ke dalam bekas atau apa-apa juga tempat, kemudian masukkan air satu cawan ke dalam bekas tersebut dan gaulkan tepung kanji tersebut sehingga sebati

02. Panaskan air satu cawan di kuali, selepas panas masukkan tepung kanji yang sudah digaulkan atau dilarutkan tadi dan kacau (sentiasa kacau agar ia tidak menjadi keras) guna api yang kecil saja.

03. Lihat tepung kanji tersebut, sekiranya ianya sudah kelihatan berubah warna dan menjadi sebati bolehlah matikan api tersebut.

04. Siapkan bekas yang berisi air kemudian ambil sedikit tepung kanji yang sudah dimasak di kuali dan buatkan bentuk menjadi seperti bebola (boleh guna chopstick atau garpu) untuk ambil tepun kanji.

05. Goreng ikan bilis sehingga naik bau (tidak perlu gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng ikan bilis tersebut).

06. Goreng kacang tanah sehingga masak, selepas itu boleh buangkan kulitnya (lebih senang buang kulitnya semasa masih panas), kemudian blender hingga halus.

07.  Sediakan sayuran iaitu sayur kacang panjang atau pun sayur kangkung. Kemudian sediakan juga ikan sardin dalam tin (terpulang anda berapa tin). Potong bawang merah, bawang putih dan lada.

Cara masak :

01. Naikkan periuk di atas dapur dan tuangkan sedikit minyak untuk menggoreng semua bawang yang sudah di potong tadi sehingga naik bau.

02. Masukkan sayuran yang hendak digunakan seperti sayur kangkung dan kacang panjang yang sudah dipotong dan dibersihkan tadi dan tumis sehingga kelihatan masak dan lembut.

03. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi, kemudian masukkan ikan tin dan kacan tanah yang sudah di blender sehingga halus.

04. Masukkan air lebih kurang 1 liter, kemudian masukkan tepung kanji yang sudah anda bentukkan atau bulatkan menjadi seperti bebola tadi.

05. Masukkan perisa seperti garam dan ajinamoto secukup rasa. Selepas sudah masak, bolehlah angkat dan dihidang untuk di makan ketika ia masih panas supaya lebih sedap.
  
Nota :

1. Kapurung selalunya lebih sedap di makan ketika ianya masih panas kerana ianya masih senang di makan ketika masih panas berbanding jika ia sejuk.

2. Boleh perah air limau nipis ke hidangan untuk menambahkan lagi rasa kapurung tersebut.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan