Keningau

Keningau merupakan salah sebuah daerah yang terletak di dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Daerah Keningau adalah daerah terbesar dan tertua di Bahagian Pedalaman Sabah.

KENINGAU



Keningau adalah sebuah daerah yang banyak menjalankan industri perkayuan iaitu pembalakan. Selain itu Keningau juga terkenal sebagai sebuah daerah pertanian yang mana banyak menjalankan aktiviti seperti penanaman pokok kayu manis atau dikenali dengan nama 'Pokok Koningau'.

Dikatakan bahawa nama daerah Keningau ini diambil sempena nama Pokok Koningau tersebut yang digunakan sebagai rempah dalam masakan. Oleh kerana Keningau merupakan antara pengeluar utama pokok berkenaan maka pedagang-pedagang masa lalu menggelarkan tempat ini sebagai Keningau.


Walaupun Keningau berada di Pedalaman Sabah, namun terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang ke daerah ini. Antara yang menarik di Keningau adalah :

01. Keningau Resort
02. Hillview Garden Resort
03. Majora Holiday Farm
04. Tugu Batu Sumpah

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan