Kinabatangan

Kinabatangan adalah sebuah daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah. Daerah kecil Kinabatangan ini termasuk dalam Bahagian Sandakan iaitu terletak kira-kira 120 km dari Pusat Bandar Sandakan.

KOTA KINABATANGAN


Kredit Gambar : ldyou

Kinabatanga adalah sebuah daerah/pekan kecil yang terletak dalam Bahagian Sandakan dan dikatakan telah wujud sekitar abad ke-16 yang mana ketika itu penduduknya hanya tinggal di sepanjang Sungai Kinabatangan. Nama daerah ini dikatakan diambil dari bahasa Sungai iaitu 'Cina Batangan' yang mana ia membawa maksud Sungai Cina kerana dikatakan kawasan tersebut pernah menjadi tempat pengembaraan Kerabat China yang bernama Ong Sung Peng. Namun nama tersebut ditukarkan kepada Kinabatangan oleh pihak British pada tahun 1881. 

Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa pendapat masyarakat setempat yang mengatakan bahawa nama daerah ini kemungkinan asalnya daripada nama pokok. Sebab kawasan ini sudah pun wujud sebelum kedatangan Cina ke sini yang mana ia direkodkan sektar tahun 1408 - 1426 iaitu sebelum orang Cina datang ke daerah ini.



Kebanyakkan penduduk Kinabatangan adalah terdiri dari suku kaum Sungai dan jumlah keseluruhan bilangan penduduk di daerah Kinabatangan adalah lebih daripada 100 ribu orang dengan keluasan kawasan daerah ini adalah kira-kira 800 ribu hektar.

Dearah ini juga sangat terkenal di Sabah dan kalangan penduduk di Malaysia serta pelancong luar negara kerana sungainya merupakan yang terpanjang di negeri Sabah dengan kepanjangannya 560 km dan sungai ini juga merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia.

Terdapat beberapa daerah atau mukim kecil yang berada di bawah seliaan dan juga pentadbiran daerah Kinabatangan. Antaranya adalah seperti :
01. Sukau
02. Paris
03. Bukit Garam
04. Suan Lamba
05. Lubukan

Antara tempat menarik di sekitar daerah Kinabatangan yang sememangnya  mempu menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini adalah seperti :

01. Sungai Kinabatangan
02. Kampung Bilit
03. Gua Gomantong
04. Batu Tulug

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan