Kiulu White Water Rafting Tamparuli

Kiulu White Water Rafting merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat water rafting ini terletak di daerah Tamparuli Sabah iaitu kira-kira 40 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

KIULU WHITE WATER RAFTING

Sumber Gambar : Borneocotours

Sumber Gambar : Sabahtourism

Kiulu White Water Rafting merupakan salah satu tempat yang paling sesuai kepada para penggemar sukan lasak berkayak di Jeram Sungai Kiulu. Sungai Kiulu terletak kira-kira 40 km atau 1 jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu. Jarak rafting di sungai ini kira-kira 14 hingga 15 km apabila paras air sungai tinggi dan 7 km apabila paras air adalah normal.

Gred rafting di Sungai Kiulu ini adalah dalam gred 1 dan 2 yang mana ianya lebih mudah. Aktiviti rafting di sini biasanya mengambil masa dalam 1 jam 30 minit, bergantung pada keadaan sungai atau jeram. Kalau pakai cermin mata sebaiknya pasang tali supaya tidak terjatuh ke sungai.


Oleh sebab ini adalah aktiviti berkayak anda sebaiknya membawa beberapa barang keperluan seperti tuala, beg plastik, sarung telefon (phone case) yang kalis air (phone case ni sekiranya anda ingin membawa telefon anda ketika rafting) dan pastikan juga pakaian tambahan.

Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki kereta sewa atau boleh juga menghubungi ejen pelancongan yang berdaftar agar dapat memudahkan segala pengurusan untuk aktiviti berkayak dan perjalanan pergi dan balik.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan