Kota Belud

Kota Belud merupakan salah satu daerah kecil yang terletak di dalam Bahagian Pantai Barat Sabah dan jaraknya adalah kira-kira 70 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah.

KOTA BELUD



Kota Belud mempunyai keluasan kawasan kira-kira 1380 km persegi dan merupakan salah satu daerah kecil yang terletak di Pantai Barat Sabah dan termasuk dalam Bahagian Kota Kinabalu. Jarak dari Kota Kinabalu adalah sekitar 70 km atau 1 jam perjalanan menaiki kenderaan. Nama lama bagi Kota Belud pula adalah Tempasuk.

Pada asalnya nama daerah Kota Belud ini dikatakan membawa maksud kubu pertahanan di atas bukit yang mana perkataan 'Kota' itu dikatakan membawa maksud 'Kubu Pertahanan' manakala bagi perkataan 'Belud' pula dikatakan membawa maksud 'Bukit'. Perkataan-perkataan ini dikatakan berasal dari bahasa suku kaum Bajau.


Pendudukan British di Kota Belud bermula sekitar tahun 1878 dan pegawai British pertama yang mentadbir pada masa itu adalah William Pretyman, dan beliau masuk ke Kota Belud melalui jalan dari Kuala Abai pada 2 Mei 1878. Beliau hanya mentadbir hanya sehingga tahun 1880, dan beberapa perubahan yang telah dibuat pada masa itu adalah seperti :

01. Melaksanakan perniagaan sistem barter
02. Menubuhkan pasukan polis yang pertama di Sabah
03. Menubuhkan Mahkamah 
04. Membuat Tamu Kota Belud (kekal hingga hari ini)

Selain itu, sumbangan lain beliau adalah dengan menyatukan semula ketiga-tiga suku kaum utama di daerah Kota Belud iaitu suku kaum Bajau, Kadazan-Dusun dan Irranun yang telah bermusuhan sebelum itu.

Kota Belud mempunyai jumlah penduduk lebih daripada 100 ribu orang yang mana majoriti besar penduduknya adalah dari suku kaum Bajau, Dusun dan Irranun. Terdapat juga etnik lain seperti kaum Cina dari suku kuam Hakka. Kota Belud juga digelar dengan nama 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan menunggang kuda oleh penduduk di sini terutamanya sekali dari suku kaum Bajau.

Kini Kota Belud mempunyai bilangan penduduk lebih daripada 100 ribu orang dan seperti daerah lain Kota Belud juga mempunyai beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah Kota Belud. Antara tempat menarik tersebut adalah : 

01. Tamu Besar Kota Belud
02. Pulau Mantanani
03. Pekan Nabalu
04. Nohutu Ecotoruism
05. Polumpung View Camp Site

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan