Kota Kinabalu

Kota Kinabalu merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Sabah dan telah diiktiraf menjadi Bandaraya keenam di dalam Malaysia pada 2 Februari 2000. Kota Kinabalu terletak di sebelah Pantai Barat Sabah.

BANDARAYA KOTA KINABALU


Kredit Gambar : iloveborneo

Kota Kinabalu adalah sebuah bandar utama dan terbesar di Sabah serta merupakan Ibu Negeri bagi negeri Sabah. Sebelum ditukar kepada nama Kota Kinabalu, ia juga pernah dikenali dengan nama Jesselton dan juga Api-Api. Pada mulanya iaitu pada tahun 1882, Syarikat Borneo Utara British (BNBC) telah membuka penempatan di Pulau Gaya dan kebanyakkan penduduk yang tinggal di situ adalah dari suku kaum Bajau, namun pada tahun 1897 pejuang kebebasan dari kaum Bajau yang diketuai oleh Mat Salleh telah menyerang dan memusnahkan penempatan BNBC di Pulau Gaya yang menyebabkan pihak Syarikat Borneo Utara British terpaksa berpindah ke penempatan baru di tanah besar dan telah membuka penempatan di Api-Api.

Penempatan baru Syarikat Borneo Utara British di Api-Api ini telah dijadikan sebagai pelabuhan utama dan menjadi tempat perhentian untuk Keretapi Borneo Utara. Setelah penempatan tersebut berkembang pesat, akhirnya nama Api-Api telah ditukar kepada nama Jesselton iaitu bersempena nama Sir Charles Jessel yang merupakan Naib Pengerusi Syarikat Borneo Utara British pada masa itu. Pada 30 September 1968 iaitu selepas Sabah merdeka dan menyertai Malaysia, nama Jesselton telah ditukar kepada Kota Kinabalu.


Apabila berlakunya Perang Dunia Ke-2, pihak tentera British telah membakar Jesselton agar ia tidak dapat digunakan oleh pihak tentera Jepun dan semasa pendudukan Jepun, Jesselton telah dinamakan semula kepada Api-Api. Nama ini kemudian ditukar semula kepada Jesselton selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Selepas tamat perang Syarikat Borneo Utara British telah menyambung semula pentadbiran mereka di Jesselton namun akhirnya pada tahun 1946 mereka telah memberikan kuasa pemerintahan Borneo Utara kepada Mahkota British kerana kos pemulihan akibat perang yang terlalu tinggi.

Pemerintah baru Borneo Utara kemudiannya telah memilih Jesselton sebagai Ibu Negeri Borneo Utara kerana pada masa itu Sandakan yang merupakan Ibu Negeri Borneo Utara sebelum Perang Dunia Ke-2 telah musnah dengan teruk akibat daripada bom ketika peperangan yang berlaku. Nama Jesselton juga masih tetap digunakan selepas Sabah menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Nama Jesselton akhirnya ditukar kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1968.

Kini Kota Kinabalu yang terletak di Bahagian Pantai Barat Negeri Sabah mempunyai bilangan penduduk lebih kurang 1 juta orang dan telah diberikan status rasmi sebagai Bandaraya pada 2 Februari 2000 
sekaligus menjadikan bandar ini adalah bandaraya keenam dirasmikan dan merupakan bandaraya kesepuluh terbesar di Malaysia.


Kota Kinabalu mempunyai beberapa daerah kecil yang diletakkan di bawah seliaan dan pentadbiran Kota Kinabalu iaitu seperti :

01. Kota Belud
02. Penampang
03. Putatan
04. Papar
05. Tuaran
06. Ranau

Kota Kinabalu yang juga ibu negeri Sabah merupakan antara destinasi pelancongan utama di negeri Sabah yang mana ia adalah pintu masuk utama bagi pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah iaitu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Antara tempat menarik yang terletak dalam Bahagian Kota Kinabalu adalah seperti :

01. Muzium Negeri Sabah
02. Menara Tun Mustapha
03. Jesselton Point Waterfrot
04. Rumah Terbalik
05. Lok Kawi Wildlife Park
06. Monsopiad Cultural Village
07. Jambatan Tamparuli
08. Air Terjun Kionsom
09. Poring Hot Spring
10. Taman Buaya Tuaran
11. Gunung Kinabalu

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan