Kuala Penyu

Kuala Penyu merupakan salah sebuah daerah di Negeri Sabah. Kuala Penyu termasuk dalam Bahagian Pedalaman Sabah dan jauhnya kira-kira 135 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

KUALA PENYU

Kredit Gambar : Azam Jaya

Kuala Penyu adalah salah sebuah daerah di bahagian Pedalaman Atas Negeri Sabah dan boleh dihubungi melalui jalan darat dan juga laut. Nama Kuala Penyu ini dikatakan diambil sempena nama sebiji batu yang berbentuk seperti seekor penyu. Batu tersebut dipercayai masih wujud hingga kini dan terbenam di Kuala Sungai Tasik Sitompok.

Luas kawasan daerah Kuala Penyu adalah sekitar 45 hektar atau lebih kurang 173 km persegi. Manakala jumlah bilangan penduduk di daerah ini adalah sekitar 50 ribu orang dan kebanyakkannya dari suku kaum Kadazan-Dusun, Brunei dan Bajau. Selain itu terdapat juga pesta tahunan yang diadakan di daerah ini iaitu Pesta Rumbia.


Kuala Penyu terletak kira-kira 130 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu atau lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki kereta.

Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar daerah Kuala Penyu ini yang boleh dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Antara tempat menarik yang ada di Kuala Penyu adalah :

01. Pantai Sawangan
02. Pantai Tampurung
03. Kiaru Beach Resort
04. Pulau Tiga

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan