Kudat

Kudat merupakan salah sebuah daerah dan bandar yang ada di negeri Sabah. Daerah Kudat terletak di Bahagian Utara negeri Sabah iaitu lebih kurang 300 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

KUDAT


Kredit Gambar : Bandar Kudat

Kudat merupakan salah satu bandar atau daerah yang terletak di Sabah. Kudat juga pernah menjadi pusat pentabiran semasa zaman British dahulu iaitu sekitar tahun 1881 hingga 1884. Daerah ini mempunyai keluasan sekitar 1280 km persegi dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau. Sebelum British datang ke sini, nama lama Kudat adalah Tomborungus, atau disebut dengan nama Tomu Do Rungus oleh etnik Rungus yang majoritinya tinggal di daerah ini. 

Setelah kedatangan British, nama tersebut telah ditukar kepada Kudat iaitu sempena nama rumput yang menjadi tempat British berlabuh. Nama rumput tersebut disebut 'Kutad' dalam bahasa etnik Rungus. Rumah Panjang yang ter letak di kawasan pedalaman menjadi pilihan tempat tinggal untuk etnik ini kerana pada masa itu kerap kali terjadi serangan lanun di kawasan pantai.

Kini dianggarkan jumlah bilangan penduduk kudat adalah sekitar 100 ribu lebih orang dan majoritinya adalah dari suku kaum Rungus, Kadazan dan Dusun. Penduduk Kudat juga kebanyakkannya lebih tertumpu kepada sektor pertanian kerana terdapat lebih daripada 54 ribu hektar kawasan Kudat sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Kudat adalah salah satu daerah yang terdapat dalam Bahagian Kudat, daerah kecil yang berada di dalam bahagian ini adalah :

01. Kudat
02. Kota Marudu
03. Matunggong
04. Pitas
05. Banggi

Selain daripada pertanian, terdapat juga sebilangan penduduk di daerah ini yang menjalankan aktiviti perikanan atau nelayan serta serta berkerja sektor perkilangan yang mana hasil dari perkilangan tersebut akan di eksport ke luar negara.

Terdapat beberapa tempat menarik di daerah Kudat yang pasti dapat menarik pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik di Kudat adalah :

01. Tanjung Simpang Mengayau
02. Gombizau Honey Bee Farm
03. Kampung Sumangkap Gong Factory
04. Borneo Honeybee Centre
05. Pantai Simpang Mengayau 

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan