Kuih Cincin

Kuih Cincin merupakan salah satu kuih atau makanan tradisional di Sabah. Kuih ini sangat popular di negeri ini dan merupakan antara makanan tradisi suku kaum Melayu-Brunei Sabah.

KUIH CINCIN



Kuih Cincin merupakan salah satu makanan atau kuih tradisional di Sabah. Kuih ini sangat popular dan menjadi kegemaran seluruh penduduk negeri Sabah terutama sekali bagi suku kaum Melayu-Brunei yang menjadi kuih tradisi bagi kaum tersebut. Kuih Cincin banyak dijual di gerai-gerai tidak kira pada hari biasa atau hari perayaan dan kuih ini juga banyak di hidang ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis keramaian dan juga majlis rasmi.

Kuih ini juga banyak dijual di atas talian (online), dan oleh kerana ianya boleh tahan lama jadi agak mudah untuk kuih ini dijual secara online kerana tidak mudah rosak walau dalam berada hari. Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat Kuih Cincin adalah seperti :

Bahan-bahan :

01. Tepung Beras
02. Gula Merah (Gula Melaka)
03. Minyak Masak
04. Gula Nipah dan Gula Apong
05. Garam halus


Cara penyediaannya :

01. Masak air berserta gula merah
02. Tuangkan ke tepung beras
03. Gaul menggunakan spatula
04. Masukkan gula apong
05. Masukkan garam secukup rasa
06. Kacau sehingga sebati
07. Biarkan semalaman
08. Esoknya ambil adunan tepung tadi
09. Bentukkan menjadi bulan (seperti gambar)
10. Buat lobang mengikut kesesuaian
11. Goreng hingga masak (kecoklatan)
12. Angkat dan tuskan untuk hilangkan minyak
13. Hidang dan makan

Kuih Cincin juga biasanya akan dimasak atau digoreng sebanyak 2 kali dengan disalutkan tepung beras. Ini adalah bertujuan agar Kuih Cincin tersebut menjadi rangup dan lebih sedap ketika di makan.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan

  1. terima kasih kerana maklumat tenteng kuih cincin ini saya akan berdoa supaya kamu panjang umur

    sekian terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan