Kuih Jala

Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Kuih ini sangat popular di Negeri Sabah terutamanya di sebelah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

KUIH JALA



Kuih Jala merupakan salah satu makanan atau kuih tradisional di Sabah. Kuih ini biasanya dihidang ketika hari-hari perayaan seperti Hari Raya dan juga ketika majlis-majlis keramaian atau majlis tertentu seperti perkahwinan, pertunangan dan kenduri. Kuih Jala Sabah sangat popular di kalangan penduduk Negeri Sabah terutamanya mereka yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Kuih Jala ini kalau dibuat mestilah dengan menggunakan peralatan atau acuan yang mana acuan tersebut boleh dibeli atau pun boleh juga dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan pada bahagian bawahnya. Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kuih Jala adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Tepung Beras
02. Gula
03. Minyak Masak
04. Air


Cara penyediaannya :

01. Ayak tepung dan gaulkannya bersama gula
02. Masukkan air dan kacau hingga sebati
03. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan jala
04. Kiraikan adunan kedalam kuali berisi minyak panas
05. Gerakkan acuan sambil diketuk ikut arah jam atau sebaliknya
06. Masak sehingga kekuningan
07. Angkat dan lipat dengan segera.
08. Tuskan untuk hilang minyak
09. Boleh hidang dan makan ketika masih suam-suam

Kuih Jala biasanya rangup, jadi untuk memastikan kuih ini sentiasa rangup walaupun sudah sejuk selalunya akan disimpan ditempat yang boleh ditutup rapat agar kuih tersebut tidak masuk angin. Kalau masuk angin kuih ini akan menjadi keras dan susah untuk dimakan.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan