Kuih Kacipo

Kuih Kacipo juga merupakan salah satu kuih atau makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Kuih ini sememangnya sangat popular di Sabah terutamanya dikalangan suku kaum Bugis.

KUIH KACIPO



Kuih Kacipo merupakan salah satu kuih atau makanan tradisional di Sabah. Kuih ini adalah kuih yang sangat popular di kalangan penduduk Sabah terutama sekali dari suku kaum Bugis yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah seperti di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu . Kuih ini banyak dibuat ketika hari perayaan seperti Hari Raya dan ada juga yang membuatnya untuk dijual di pasar atau pun di gerai dan di tamu-tamu mingguan.

Kuih Kacipo ini tidaklah terlalu sukar untuk membuatnya, cuma mesti mahir cara-cara membuatnya agar tidak merosakkan kuih tersebut. Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kuih Kacipo ini adalah seperti : 

Bahan-bahan :

01. Tepung Beras
02. Bijan
03. Telur
04. Garam
05. Gula
06. Serbuk Penaik
07. Minyak masak


Cara penyediaannya :

01. Ayak tepung beras
02. Campurkan telur dan gula
03. Masukkan tepung yang sudah di ayak
04. Adunkan sehingga sebati
05. Bentukkan bulat-bulat kecil (macam gambar)
06. Letak ke atas bijan yang telah ditabur di atas talam
07. Panaskan minyak
08. Goreng sehingga kuning kecoklatan
09. Tuskan Kacipo tersebut untuk buang minyaknya.

Kuih Kacipo ini kena pandai mengadun dan memasaknya, sebab kalau tidak betul cara mengadun atau memasak, maka kuih tersebut akan menjadi keras dan amat sukar untuk digigit.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan