Kuih Kelupis

Kuih Kelupis merupakan salah satu kuih atau makanan tradisional di Sabah. Kuih ini sememangnya sangat popular dikalangan masyarakat Bugis, Melayu-Brunei dan Bisaya di Sabah.

KUIH KELUPIS



Kuih Kelupis merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah antara makanan kegemaran penduduk seluruh penduduk negeri Sabah. Kuih ini biasanya dihidang ketika majlis perkahwinan dan juga ketika menyambut hari raya. 

Kuih Kelupis lebih menyelerakan dimakan ketika ianya masih panas atau suam dan di makan bersama lauk seperti kari ayam, ayam masak merah, kari daging, rendang dan lain-lain lagi. Antara bahan-bahan untuk membuat kuih Kelupis ini adalah :

Bahan-bahan :

01. Beras Pulut
02. Santan
03. Daun Pisang
04. Garam
05. Tali Rafia


Cara penyediaan :

01. Masak beras pulut yang dicampur santan dan garam.
02. Sentiasa gaul pulut tersebut supaya tidak bau hangus
03. Setelah masak guna sudu dan ambil pulut masukkan ke daun pisang (agak-agak saja banyaknya)
04. Tutup rapat daun pisang tersebut
05. Ikat beberapa bungku menjadi satu (contoh 2 macam tu)
06. Kukus semula pulut tersebut
07. Selepas masak boleh lah dihidang

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan

Catat Ulasan