Kuih Penyaram

Kuih Penyaram merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat di Sabah. Kuih Penyaram sangat popular di Negeri Sabah terutamanya bagi suku kaum Bajau dan Melayu-Brunei.

KUIH PENYARAM



Kuih Penyaram merupakan antara makanan tradisional di Sabah. Kuih ini merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bajau dan Melayu-Brunei. Kuih Penyaram juga dikenali dengan nama Kuih Pinjaram. Namun ada sesetengah masyarakat di Sabah yang menggelarkan kuih ini dengan nama Kuih UFO kerana rupa bentuknya seolah-olah kapal ufo.

Kuih Penyaram biasanya banyak dihidang ketika majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri dan lain-lain lagi. Untuk membuat kuih ini tidaklah terlalu susah, cuma kena rajin saja. Antara antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kuih Penyaram adalah seperti :

Bahan-bahan :

01. Tepung Beras
02. Tepung Gandum
03. Santan
04. Minyak Masak
05. Gula Merah
06. Gula Putih
07. Air
08. Daun Pandan
09. Garam


Cara penyediaannya :

01. Campurkan gula merah dan juga gula putih dan masak sekali, kemudian campurkan sedikit air sehingga gula kelihatan boleh larut.

02. Boleh letak daun pandan untuk menambahkan wangi kuih  tersebut, kemudian biarkan masakan gula untuk beberapa minit sehingga menjadi suam.

03. Adun tepung gandum, kemudian campurkan sekali tepung beras dan garam, selepas itu tuangkan air gula yang dimasak tadi sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.

04. Jika adunan tepung tadi masih kelihatan terlalu kental, bolehlah tambah lagi air sedikit sehingga adunan tersebut kelihatan tidak lagi terlalu kental dan tidak terlalu cair.

05. Panaskan minyak (boleh guna banyak sikit minyak) dan masukkan adunan tadi perlahan-lahan dan biarkan adunan yang dimasukkan ke kuali membentuk seperti gambar di atas.

06. Bila kuih tersebut sudah masak (boleh lihat kalau sudah masak biasanya warna menjadi seperti dalam gambar di atas), Selepas itu angkat dan tuskan agar kuih tersebut tidak terlalu berminyak.

07. Boleh hidang dan makan bersama dengan minuman panas seperti kopi dan lain-lain lagi. Kuih ini sedap di makan jika masih terasa panas-panas. 

Kini Kuih Penyaram menjadi salah satu kuih yang diminati dan digemari oleh seluruh masyarakat di Sabah tidak mengira suku kaum atau bangsa.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan

  1. Saya sengat minat kuih penyaramai. Saya ingin tahu bahan resepi dan cara membuat kuih penyaram ada yang boleh bantuh saya?

    BalasPadam

Catat Ulasan