Kunak

Kunak merupakan salah sebuah daerah yang terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dan Kunak adalah daerah yang termasuk dalah Bahagian Tawau iaitu kira-kira 82 km dari Pusat Bandar Tawau.

KUNAK

Kredit Gambar : Orangkunak

Kunak merupakan salah satu daerah yang terletak di sebelah Pantai Timur Sabah yang termasuk dalam Bahagian Tawau. Daerah Kunak pada mulanya diurus dan ditadbir oleh Pejabat Daerah Lahad Datu sebelum mendapat status penuh sebagai daerah pada 1 Jun 1981.

Kunak juga dikatakan merupakan salah sebuah tempat atau tapak awal penempatan manusia purba iaitu di Sabah yang dianggarkan sejak lebih kurang 30 ribu tahun dahulu. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak yang terdapat di kawasan Tingkayu Kunak.


Kini Kunak yang berkeluasan kira-kira 1130 km persegi mempunyai jumlah bilangan penduduk sekitar 70 ribu orang yang mana 95% daripada penduduknya adalah beragama islam dan terdiri dari suku kaum Bajau, Bugis, Suluk dan lain-lain lagi. Kebanyakkan penduduk di daerah Kunak menjalankan aktiviti perikanan kerana daerah Kunak merupakan salah satu daerah yang kaya dengan sumber marin seperti ikan, udang dan rumpai laut.

Seperti daerah lain, Kunak juga mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh setiap pengunjung yang datang ke daerah ini. Antara tempat menarik yang ada di Kunak adalah seperti :

01. Gua Madai
02. Air Terjun Madai
03. Tapak Sejarah Tingkayu
04. Mostyn
05. Kolam Lumpur Binuang

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan