Labuk bay Proboscis Monkey Sanctuary

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan. Tempat ini adalah kawasan pelancongan yang banyak menempatkan pelbagai jenis dan spesis monyet.

LABUAK BAY PROBOSCIS MONKEY







Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menempatkan pelbagai jenis dan spesis monyet dan antaranya adalah seperti Monyet Proboscis Asli Borneo. Labuk Bay merupakan kawasan perlindungan milik persendirian yang terletak di kawasan ladang kelapa sawit di batu 19 iaitu kira-kira 38 km dari pusat bandar Sandakan. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat tarikan utama pelancong yang datang melancong ke daerah Sandakan.

Pada mulanya (pertengahan tahun 1990an) kawasan ini dibangunkan adalah dengan tujuan untuk penanaman pokok kelapa sawit namun pemilik kawasan ini telah memutuskan memajukan kawasan ini sebagai tempat perlindungan bagi Proboscis Monkey kerana pada masa itu terdapat banyak monyet probosic tinggal di kawasan ini. Pada masa kini dianggarkan lebih dari 150 ekor monyet di kawasan tersebut.


Walaupun Monyet Proboscis tersebut hidup liar di kawasan bakau ini namun ia tidak seperti monyet yang berada di tempat lain kerana monyet di sini lebih mudah untuk didekati, dan ini akan memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengambil gambar monyet-monyet ini dengan lebih mudah.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung yang datang ke sini, antaranya adalah rumah penginapan berkembar dengan bilik berhawa dingin (aircond) dan juga chalet untuk sekeluarga bagi yang ingin bermalam sambil melihat pelbagai hidupan lain di kawasan tersebut seperti tupai terbang, buaya dan lain-lain lagi. Di sini juga terdapat restoran makanan dan minuman, jadi anda tidak perlu risau tentang makanan.

Pengunjung atau pelancong yang ingin datang ke sini boleh menaiki kereta sendiri, menyewa kenderaan (pandu sendiri jika ada lesen) atau hubungi ejen-ejen pelancongan yang berdaftar. Selain itu anda boleh juga menghubungi terus pemilik tempat perlindungan ini untuk perkhidmatan mengambil anda dari bandar Sandakan ke pusat perlindungan ini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Waktu bagi makan :

9.30 pagi dan 2.30 petang untuk platform A
11.30 pagi dan 4.30 petang untuk platform B

Waktu persembahan
Pagi : jam 10.15 pagi
Petang : jam 3.15 petang

Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM15.00
Warganegara 12 tahun ke bawah : RM5.00
Bukan warganegara dewasa : RM60.00
Bukan warganegara 12 tahun ke bawah : RM30.00

Bayaran kamera :
RM10.00

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary di alamat seperti berikut :

Alamat :
Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary
Batu 19, Jalan Labuk,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-672 133

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan